Showing posts with label Warkah Memori. Show all posts
Showing posts with label Warkah Memori. Show all posts

Thursday, March 07, 2019

Hamil dan Kelahiran Bayi Songsang

Orked Medina Birth Story

Bila malam menjelang aku masih teringat² lagi saat akhir kat rumah sebelum kalut ke hospital pukul 2.30pg sbb terasa mcm dh nak beranak.
Dah lama nak mengarang kisah birth story si puteri Orked Medina. Ramai sahabat positif aku yg request nak tau birth story Orked. Mlm ni berpeluang mengarang ayat.
Kisah kelahiran Orked sgt istimewa bagi aku. Anak² lain pn special tapi kali ni lebih banyak kisah dan ujian. Dalam masa yg sama aku sgt bersyukur kerana aku diberi kesedaran mengenai ilmu amani birth. Bila berckp tentang AB (amani birth) ni ramai yg pm dan tny aku soalan, "nak bersalin kat rumah ke?", "nk bersalin dalam kolam ke?". Bila di aju soalan mcm tu aku akn tersenyum je sambil menjawab, "kalau ada rezki nak jugak". Hehe...
Hamil kali ni aku bertekad utk dalami ilmu AB dgn seorg CBE (Child Birth Educater) di Kb ni. Nak blajar, nak tahu bagaimana cara aku nak lalui fasa kelahiran yg bebas trauma, bebas fobia, bebas kesakitan dgn cara yg sepatutnya. Aku mula join kelas masa kandungan 32 minggu. Rasa masa tu dh terlambat nak menuntut ilmu. Tp hati cekal. Walaupun yuran agak mahal utk AB kelas sebegini. Aku pejam mata je la. Minat punya pasal. Kelas berlansung dari minggu ke 32-38.
Al-kisahnya...
Pada minggu ke 33 checkup, doctor nampak masa scan kepala baby berada dlm keadaan serong sebelah kanan. Kalau normalnya kepala baby akn berada di bawah. Tp doctor ckp itu normal kerana baby akan pusing bila sampai waktunya. Hati dh mula tak sedap. Sebab anak² sebelum ni kepala baby memang sentiasa ready kat bawah. Minggu ke 34,35,36,37, posisi kepala baby masih di atas. Dia tak mau jugak turun. Setiap kali checkup dan scan, aku akan menangis kerisauan. Menangis takot akan di czer. Ramai sahabat positif ckp, bykkan doa, buat senaman, ckp dgn baby, pujuk baby, insyaAllah baby akn turun jugak bila smp masanya. Tapi jauh di sudut hati, naluri ibu ni merasakan anak aku ni mmg tak turun agaknya.
Wahai anakku Orked hanya Allah, mummy dan Orked je yg tahu bertapa aku bertungkus lumus sedaya upaya buat segala apa sahaja teknik utk bayi songsang atau breech baby. Dari pemakanan, senaman, visualation dgn baby, doa, mengurut dgn bidan dan macam² lagi utk pastikan kepala baby turun ke bawah. Tapi ternyata Orked sgt selesa dgn posisi itu. Mummy redha. Dan aku tak putus doa supaya Allah bg keajaiban. Setiap kali bangun aku akn raba perut, yes! baby masih di atas. Aku mmg dapat rasa kepalanya yg bulat dan kerasa di atas perut ni. Hari² dpt pegang kepala orked sejak dlm perut lagi.
Sampai 2 mggu sebelum bersalin aku cuba buat persediaan rohani dan mental dgn membaca website: www.birthwithoutfearblog.com tentang breech vaginal labor. Memang sgt membantu, keyakinan diri terus up dan up masa tu. View video kelahiran songsang scr normal, baby twin lahir songsang. Ada yg kuar kaki dua belah, kaki sebelah dlu, punggung dulu. Teruja sgt rasa. Hati tunduk pd Allah. Aku sll berpesan pd diri. Allah tahu apa yg Dia rancangkan pd kita. Set dlm mind, aku akn serah diri sepenuhnya pd Allah tika saat melahirkan, bukan serah diri sepenuhnya pd doctor. Allah maha pemberi jalan lahir yg indah.
Hari terakhir check up, doctor cadangkan aku ke hosp usm utk buat ecg iaitu teknik pusing baby dimana doctor akan pusing baby smbil tgk screen scan baby. Mula dr tu aku pny la dok searching pasal teknik ecg pulak. Ada positif dan negatinya. Ayat last docter. Kalau awak tak berjaya buat, kalau kena czer apa nk buat. Oh... masa tu nangis lagi. Wahai anak kenapa lah awak tau mau turun lagi ni.
Akhirnya aku redha dgn ujian ni. Hati berdegil tak mau buat ecg sbb takot. Tekad tunggu dan tunggu saat nk lahir apa akn jadi itulah takdir Allah. Dlm hati kuat aku katakan, "Ya Allah aku serahkan tubuhku, jiwaku, bayiku dan jalan lahirku hanya padamu, kau maha pemberi keajaiban". Hanya tu saja ayat setiap minit keluar dr mulut.
3 hari sebelum bersalin aku ada turun tanda. Lendir sekaan darah. Masa tu semua family kebetulan ada. Aku mintak mama mai awal sebab instinct akan bersalin awal. Masa turun tanda hari pertama aku diam, hari ke-2 masih diam. Sapa pn aku tak cakap. Takot depa kalut. Masa hari ke-3 bg tau suami je la. Ckp dia, abg jgn pi mana sgt sebab dok rasa perut tak sedap.
Petang 27/08 tu last day aku habiskn kelas AB aku. Cakap dgn Cbe mcm tak mau pi. Tapi dia cakap dtg la sat ja habiskan nak blajar buat birth plan. Dia siap buat birth plan utk aku dan ckp simpan dlm poket nnti smp hosp bg kat doctor. Pukul 4ptg habis kelas, masa tu kakak, adik, mama dan anak² yg hantar dan ambik aku. Depa kalau ke Kb mmg shoping je la kerjanya. Layankn je la. Sebelum blk sempat singgah kedai 2 ringgit. Dlm kedai tak rs tak bole nak berdiri. Lain macam, rasa nk berak pon ada. Trus p kaunter byr apa yg patut. Mama n kak ana masih shoping. Aku tunggu dlm keta punya lah lama. Last tak tahan pangil depa ajak balik sebab rasa lain macam. Perut mengeras semacam. Dlm hati harap² lah braxton hicks. Malam tu aku dh tak boleh solat secara normal. Kena duduk utk solat. Lepas isya' ramai² makan nasi lemak. Aku dah tak lalu nak makan. Makan ala kadar. Ingt nk tidoq restkan perut supaya braxton hicks ni hilang masa tidur. Sebum tidur pukul 10 mlm tu aku sempat mop lantai seluruh rumah. Sambil mop sambil tahan sakit. Layan... sbb tak nak bg rasa sakit kena buat aktivi lasak sikit. Hari sebelum tu pun aku cuci depan dan belakang rumah. Sampai tegang perut dibuatnya.
Pukul 10 mlm aku masuk tidur, terjaga pukul 12.30mlm sakit tak hilang. Bagun buang air, mkn Qaseh dan minum raspberry tea utk natural inducer. Aku dah tak boleh nak tidur. Dok fikir nak p hosp ke tak. Ni sakit main² ke betul². Suami dh tidur, si Qashaf boleh pulak tak tidur lagi. Pelik dia malam tu. Ajak aku bersembang, nk dukung. Aku layankan je sambil golek² atas gym ball. Jalan² dlm bilik, nk rileks utk keluarkn byk hormon oxytocin as natural inducer. Pukul 1.30am kejutkan suami ckp nk p hosp lah. Ok dia ckp siap lah. Sebelum tu sempat mintak suami urutkan belakang badan. Aku masuk bilik air mandi air panas dlu utk rileks kan badan. Lama jugak mandi sambil layan sensasi contraction. Rileks dan fokus pd pernafasan. Lepas mandi Qashaf dh tidur. Siap² gerak p hosp. Siap usung gym ball lagi konon nk rileks dlm bilik kt hosp. Pukul 2.30am sampai hosp, sakit dah 1 minit sekali. Security offer wheelchair tapi aku tak mau, cakap sy boleh jalan lg. Walhal aku dh mengeras depan pintu tu tak blh nak jalan dah, gagah jugak jalan. Sampai terus masuk LR. Dan lagi aku dok pusing bejalan dlm LR tu. Nurse suruh naik katil, aku ckap tak mau lagi. Sy nak jalan lagi. Nurse cakap naik dlu nk cek bukaan. Tang ni yg seram sebab tak suka di seluk. Aku siap pegang tangan akak tu cakap, "kak tolong buat paling lembut sekali tau". Sebelum dia seluk tu mcm² soalan aku tanya. Sekali seluk nurse ckp, hmmm... awak ni. Dh 8cm dh ni. Nak branak dah. Ha??? Allah nk beranak dh ke? Dan² kalut semua. Aku siap melutut atas katil, cakap sy nak teran posisi mcm ni. Nurse cakap tak boleh kena baring. Aku siap cakap sy nk turun boleh tak nak jalan. Dia marah tak bagi aku turun. Docter masuk tgk aku dok tertongeng ats katil. Aku sempat dok bergurau senda dgn suami sambil mintak suami jgn stop urut belakang badan. Sbb nk offkn rasa sakit tu. Pukul 3.15am docter seluk lg. Cakap baby awak tinggi lg ni, pastu.... eh bukan tinggi, ni punggung ni. Baby awak sonsang ni. Eh awak tau tak baby awak songsang ni? Aku diam ja.. terus cakap sy nk teran dah ni. Docter pun muka dah lain. Kalut utk ready baby keluar. Aku terus teran 2 kali, 1st terasa badan dia, kali ke2 terasa kepala dia. Alhamdulillah tak smp 5 saat kuar kepala. Risau jugak sebab kepala keluar last. Syukur sgt, rupanya inilah keajaiban Allah dh bg yg aku mintak stp kali berdoa. Aku dpt lahirkan baby breech secara normal. Jahit tak banyak, ms tgh nk jahit tu aku sempat sembang dgn docter. Aku tanya, docter pernah tak sambut breech? Dia ckp pernah lah tapi semua czer la. Aku pn ckp la, sy sengaja tak bg tau yg baby sy breech sbb sy tekad nk normal breech. Sbb semua hosp reject sy sbb bby breech. Semua ckp sy kena di czer. Docter ckp, awak ni bahaya la. Nxt time jgn buat lagi mcm ni. Dlm hati, ok docter.
Maka dgn itu lahirlah Orked Medina dgn berat hanya 2.4kg pd jam 3.30am. Aku dpt skin to skin, dan menyusu selepas melahirkan. Yang penting, no induce and no pain killer.
Syukur aku dpt apply segala ilmu dlm kelas amani birth. Dapat rasai natural birth. Kerana aku sentiasa jdkan persalinan ibu maryam (ibu kpd nabi isa) sebagai satu inspirasi. Percaya pada tubuh kita, serah diri pd Allah, serah jln lahir pd Allah. InsyaAllah proses kelahiran jd yg indah dan tidak menyakitkan. Layan dan rasai sensasi contraction itu dgn penuh tenang. Rasa kesakitan akn terpadam dgn sendiri.
Kisah kelahiran Orked Medina adalah yg terindah dan paling mudah. Amin Ya Allah.
Nak berjaya dlm apa jua perkara, perlu ada ilmu dan kesungguhan. Doa dan tawakal pd Allah. InsyaAllah, Allah akan tunjukkn hasilnya. Allah maha pengasih, Allah dgr stp doa dan lihat stp kesungguhan kita.
Terima kasih Allah. Terima kasih pd semua sahabat positif sy dlm grop 'amani birth'. Kita hamil sama², menanti setiap dari kita bersalin dari hari ke hari, 2 dari kamu dapat rezeki home birth, kita berkongsi keindahan dan apa jua masalah. Dan kamu semua sgt positif. Sehinggakan setiap kali sedih dan air mengalir sebab kerisauan ada di antara kamu lah yg sy cari utk luahkan kerisauan ketika itu. Rindu saat itu....

Sekian...





Saturday, June 15, 2013

Qaef fun time at GH

Last week (last week of skol break), we all travel ke kl untuk hadiri majlis aqiqah anak buah di rumah mertua kt KL. So daddy biasa lah dengan unplan travel dia tak semena2 ajak singgah and tidur kat sana. So aku apa lagi, layanlah. Memandangankan dah lama teringin nak bawak Qaef ke GH. Bukan main happy lah dia dpt have fun dekat indoor tu. Malam 1st sampai masing2 letih, masuk hotel terus tidor. Esoknya pagi2 lagi terus terjah ke indoor.













Friday, June 14, 2013

Post Qashaf Yg Agak Delay

Oleh kerana blog ni tersangatlah delay akibat kelahiran Qashaf 5 bulan yang lepas. So untuk meringkaskan kejadian yang telah berlaku sejurus kelahiran Qashaf. Terimalah beberapa sisipan yang serba ringkas.

Chek-it-out readers ;)

 
Qashaf 1st day lahir

Qashaf 1st day lahir 


Qaef yg blur2 dgn kehadiran adiknya. Know what? Dia sgt berperangai selama sebulan mintak diberi perhatian. And now he's loving & good brother!


 Majlis cukur jambul 7 hari selepas kelahiran.

  Majlis cukur jambul 7 hari selepas kelahiran.

 Atukanda










Wednesday, June 12, 2013

Mummy kembali :)

Wah...lama betoi tak ber-blog. Walau apa pun reasons, ianya tetap alasan. Semuanya alasan belaka.Walhal nak ber-blog seribu daya kan. Whut ever la mummy!

Nak diringkaskan cerita setelah sekian lama bertapa (mujur tak sampai setahun), aku dah pon selamat melahirkan seorang lagi hero! Alhamdulillah. Nama diberi, Qashaf Rizki bin Suheilfazri. Sekarang dah pon 5 month old. Cepat betui masa berlalu. Perasaan happy dapat hero lagi, even ramai yang respon, "boy lagi,kena beranak lagi la pas ni". So whut boy lagi? Rezki Allah kn? Memang nak anak 10 orang pon klo ada rezki. Hehe.Boy ka girl tak kisah la, asal sihat dan genius :)

So, readers. Chek-it-out my new hero :)


Nama: Qashaf Rizki bin Suheilfazri
Maksud nama: Qashaf (Anugerah Istimewa), Rizki (Rezeki)
Lahir: 30 Dec 2012
Lokasi: KBMC
Masa: 6.55 pm
Berat: 2.8 kg
Kelahiran: Normal




Wednesday, October 03, 2012

Dalam aku ada 'dia' versi ke-2

Asalamu'alaikum w.t.b.

Lama teramat la sangat tak ber-blog gara-gara pembawakkan budak sejak 6 bulan lepas. Nikmat & alhamdulillah syukur dengan rezki ini lagi, tapi tak tahannya alahan yang teruk bukan kepalang. Alhamdulillah masuk bulan ke-6 ni alahan dah semakin tak berapa ada. Tiba-tiba hari ni terasa macam nak menaip pulak. Tak ada apa yang nak di-share cuma pengalaman mengandungkan anak ke-2 ni. Alahan tak ada beza dengan anak pertama, cuma kali ini kena gagahkan diri untuk buat kerja rumah & uruskan anak sedia ada. Kalau dulu boleh baring 24 jam sebab blom ada anak yang nak diuruskan. Kih...kih...kih...


Kali ini anak ke-2 aku fully checkup dengan hospistal swasta dan dah pun pilih checkup dengan doctor yg aku plan untuk melahirkan nanti. Alhamdulillah so far so good la. Rasa tak sabar pulak yang deliver & berpantang. Hehehe....

Cuma beza kali ini aku lansung tak ambil ubat/ vitamin dengan hospital, malah sumanya 100% aku beli sendri dari luar dengan merujuk dari doctor terlebih dulu. Biasalah bila dah ada pengalaman anak sulung, masuk yang ke-2 ni kalau boleh nak yang terbaik untuk diri sendri & baby. Ubat hospital pun bagus cuma ikut keselesaan dan kemampuan masing-masing la.

Antara produk yang aku amalkan dari 2 bulan hamil ialah:

1. Set hamil dari Shaklee, alhamdulillah sepajang amik vitamin dari shaklee ni badan rasa sihat dan yang penting BP sentiasa berada dalam tahap yang baik. Kalau dulu masa 1st preggy asyik low BP je. Hiks. 1 lagi bila amik set shaklee ni berat badan semasa hamil macam boleh dikawal dan tak naik secara mendadak.


2. Bermula dari 12 minggu hamil aku mula amalkan set kehamilan dari Salindah. Alhamdulillah set ni juga banyak membantu. Cuma set ni mempunyai cara pemakanan mengikut minggu kehamilan kita. Aku terpikat dengan set ni sebab terjatuh cinta dengan testimoni yang dibaca dan testimoni dari kawan-kawan terdekat. Oleh kerana aku yang jatuh cinta, habis suma kawan-kawan yang dah preggy aku suggest untuk cuba set ni juga. Tak salah kalau mencuba, rezki mudah bersalin semua dengan izin Allah, aku cuma berusaha ke arah itu. Kalau nak baca testimoni menarik tentang salindah boleh lah baca kt sini: salindah.com


Selain itu aku banyak amalkan minum air masak, kurma, kismis & badam yang menjadi snek febret aku. Cukup la entry untuk kali ini. Kalau ada peluang lagi, banyak rasanya nak nak di kongsi :)

Tuesday, April 17, 2012

Qaef Turns 2, Yeay!

Sedikit selingan hari lahir yang ke-2 anakanda tersayang - Qaef Rizq Hidayat yang berlansung di 2 lokasi:

1. Jalan Ipoh KL - Rumah Atok & Nenek:

Sambut skali b'day dgn Maksu- kek ditaja oleh Atok dr Secret Recipe.


2. Penang - Rumah Tok Ram & Tok Papa:

B'day kek scool bus yang menjadi kegilaanya ini telah disponser oleh Untie Ana.

Tahun ni tak de planning besar2an macam tahun lepas, sebab Mami & Dedi agak busy dengan schedule yang tak menentu. So balik kampung celebrate je la. Lagi best dan dpt puaskan hati semua org yang sgt menyayangi si kecil ini. Thanks all for loving our son very much :)

Sunday, April 01, 2012

Tahun Ke-2 Penyusuan Q

Mengimbau memori 2 tahun lepas, saat seorang ibu bertarung nyawa melahirkan anak yang dikandung 9 bulan dengan penuh kasih sayang. Tak terasa membesarkan anak yang seorang ini. Dah 2 tahun masa berlalu. Membesarkan seorang anak memerlukan kesabaran yang amat kuat. Tapi bila melihat anak membesar dengan sihat dan pintar, hati ibu bapa mana yang tidak bangga. Lagi pula anakanda Q sangat menjadi kesayangan seluruh family sehingga kini. Bila dikenang2 anakanda Q sangat disayangi sejak aku mengandungkan dia lagi. Mana tidaknya sejak awal kelahiran lagi, aku dijaga dengan baik, bak kata orang dilayan bagaikan puteri bila kita disahkan hamil. Kalau balik kampung, sebut saja apa keinginan pasti akan ditunaikan, dari keinginan makan, berjalan semua akan ditunaikan. Nak basuh pinggan pun dilarang, buat kerja dilarang, sehinggakan nak air pon orang ambilkan. Tu yang best time preggy bila balik kampung tu. Sehinggakan ada saja orang yang teringin nak membelai perut kita yang makin membuyung ketika itu. Manis sungguh waktu hamil (ni yang buatkan rasa nak preggy lani ni...hee...). Beruntunglah Q menjadi anak, cucu, cicit dan anak buah yang sangat disayangi dan dituruti apa saja kehendaknya. Semoga kasih sayang mereka kepada Q berkekalan.

Aku juga bersyukur dengan rezki yang Allah kurniakan, kerana hingga saat ni aku masih diberi keizinan oleh Allah untuk menyusukan Q secara exklusif dari hari pertama kelahirannya. Berkat doa dari awal kelahiran untuk menyusukan Q mendapat keberkatan Allah. Syukur Allah. Malah bila dah cukup 2 tahun ni, ramai pula yang tertanya2 bila agaknya Q nak stop BF? Jawapan aku, "entahlah...tunggu pregnant nanti baru stop kot". Kini tanggungjawab aku sebagai ibu untuk menyusukan Q hingga 2 tahun telah ditunaikan. Bagi ibu2 diluar sana yang berjaya menyusukan anak masing2 sehingga berjaya, taniah untuk kita. Syukur atas rezki kurniaan Allah.

Big boy yang aktif dan bijak
Bila mengimbau bagaimana terdetiknya kesedaran mengenai susu ibu ni, aku sering teringat kan seorang rakan yang bernama Waida, dialah yang menyedarkan aku tentang susu ibu. Pada saat awal kehamilan waida ada bertanya aku satu soalan yang aku tak pernah terfikir, "nanti dh deliver nak bg baby ke BF ke FM". Aku menjawab, "BF? FM" apa tu (waktu tu aku jahil tentang ilmu dan dunia susu ibu)". Waida menjawab, "BF= breastfeeding, FM= formula (susu lembu)". Sejak saat itu baru aku tersedar bahawa menyusukan anak itu merupakan satu tanggujawab dan aku perlu membuat segala macam persediaan untuk menyusukan anak aku hingga berjaya. Waida juga dengan baik hati telah memberikan aku beberapa artikel dan link2 mengenai susu ibu. Dari situ aku mula membuat research yang apa saja mengenai susu ibu hingga kini. Aku juga tak putus2 berdoa supaya Allah memberikan rezki yang cukup untuk anak dalam kandungan aku ketika itu. Selain itu aku sering bercakap2 dengan baby dalam perut, "nanti bila baby keluar minum susu Mami tau sampai umur 2 tahun, semua susu ini untuk Q". Alhamdulillah berkat pesanan ringkas aku tiap hari, dari saat pertama kelahiran Q lansung tak mahu bila diberikan formula, ini kerana susu badan aku tidak keluar dlm tempoh 12 jam dari saat Q di lahirkan. Sebab itu nurse cuba untuk memberikan FM, malah Q lansung tak mahu menerimanya hingga kini. Mungkin ada benarnya pysokilogi yg mengatakan bayi akan mendengar dan mengingati setiap tutur kata ibunya sejak dalam rahim lagi. Walau apa pun semua ini rezki Allah. Setelah aku berjaya menyusukan Q, Waida juga dengan baik hati telah menghadiahkan aku sijil 'Master of Breastfeeding' sebagai tanda kejayaan untuk ibu yang menyusukan. Aku juga kagum dengan Waida yang kini menyusukan 2 orang anaknya yang berusia 1 & 3 tahun serentak. Terima kasih Waida kerana banyak berkongsi ilmu. Aku juga bersyukur keran suami tercinta sangat menyokong kuat perjalanan penyusuan aku ini. Aku tidak kisah cakap2 orang keliling mengenai perjalanan penyusuan aku ini, asal suami tercinta setiasa menyokong aku sepenuhnya. Selain itu aku ingin memberikan kredit untuk Mama aku yang tersayang kerana menjaga aku dengan baik sepanjang berpantang, dimana setiap jam 2 dan 4 pagi Q akan bangun menyusu. Dan Mama dengan segera akan terbangun dan keluar dari biliknya untuk menemankan aku menyusukan Q sehingga tersengguk2 Mama dibuatnya. Tidak cukcup dengan itu Mama aku suruh aku masuk tidur selepas BF-kan Q dan dia yang mendodoikan Q hingga lena si kecil itu. Terima kasih Mama, walaupun dulu Mama tidak menyusukan aku (kerana tiada susu katanya). Namun Mama tidak pernah mempertikaikan keputusan aku untuk BF-kan hingga kini.

Aku berazam jika ada rezki mempunyai anak ke 2 aku akan menyuskannya dengan lebih baik lagi. Aku juga telah berjaya membakar semangat beberapa ibu baru supaya menyusukan bayi mereka secara exklusif. Alhamdulillah ada yang berjaya, semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsi dengan ibu2 lain, terutamanya yang ibu2 baru. Selain itu aku akan menjadikan tradisi menyusukan anak ini berterusan dalam keluarga aku. Anak2, menantu dan semua keturunan aku selagi hayat dikandung badan aku dan memberikan semua ilmu yang aku ada.

I'm Master in BF now


Thursday, March 08, 2012

Minat Si Kecil Q

Kanak2 yang sedang membesar pastinya mempunyai minat tersendiri. Kita sebagai ibu bapa pasti dapat mengenal pasti perkara yang menjadi tarikan anak2 kita. Seperti anak2 anda, Q juga mempunyai minatnya yang tersendiri. Bila dengar cerita dari kawan2 atau sudara mara, mereka pasti seronok nak bercerita tentang minat anak masing2. Ada yang minat ultraman, ben10, upin ipin dan yang terbaru boboboi. Yang pastinya bila kita mengetahui anak kita minat atau cenderung pada sesuatu benda pasti kita akan menyokongnya (jika benda tersebut membawa pada kebaikan).

Seperti anak2 orang lain, Q juga mempunyai minatnya tersendri. Aku dapat mengenal pasti sejak usia Q 1 tahun. Apakah itu? Tapi sebelum mencapai usia 1 tahun aku dapat melihat Q sangat meminati kereta, atau lebih tepat 'stering kereta'. Oleh itu aku dengan sungguh2nya mencari stering kereta mainan untuknya. Last skali neneknya jugak dapat belikan dulu. Lama-kelamaan aku perhati Q mula tertarik dengan apa juga kenderaan seperti car, bicycle, motor, aeroplane, helikopter, tractor dan yang menjadi kegilaannya adalah bus. Bila aku dapat mengenalpasti minatnya secara tepat, aku dengan usahanya mencari lagu2 yang berkaitan dengan bas. Sehinggakan Q tertarik sangat dengan lagu 'The Wheels On The Bus' (TWOTB). Rupanya2 lagu TWOTB ni sangat la femes di kalangan orang barat tak kira kanak2 dan dewasa. Sehinggakan lagu ini disampai dalam pelbagai versi yang tersendri.

Oleh kerana Q terlalu 'minat gila' the TWOTB ni, aku teringin nak belikan dia mainan bus yang agak interaktif dan lebih menjana minda. Dalam otak dok bayangkan jenis bus yang aku nak-kan tu, tp cari punya cari memang tak ada. Sebab masa aku kecik2 dula ada sedara aku belikan mainan bus yang sangat interaktif untuk anak2 dia main, so bus tu memang menjadi mainan harian kami. Aku nak-kan yang begitu, tapi sekarang memang dah tak ada. Bus itu keluaran dari 'tupperware'.

Ni lah bus dari tuppware tu. Memang keluaran lama, masa aku kecik2. Bus ni boleh dibuka dan jadikan class room. Best sgt klo dapat!

So bila kecewa tak dapat bus yang diidamkan (aku pulak yang idam). Aku pon mengambil keputusan untuk mendapatkan buku pula. Pastinya buku seperti dalam bayangan juga. Yang interaktif dan lain dari yang lain. Seluruh kedai2 buku besar aku masuk. MPH, Borders, Konikuniya. Komfem tak ada. Memang kecewa. Aku pon cuba nasib kat google. Tak sangka aku jumpa buku yang sangat tepat sekali. Tajuk yang tepat dan paling tak sangka memang dalam bayangan aku. Tapi buku ni hanya di jual di US. So terpaksa lah beli jugak dengan sangat rela hati dan teruja gitu. Dapat jugak beli dari AMAZON. Bila dapat je buku tu aku yang excited lebih, tak sabar nak tunjukkan kat si kecik tu. Petang tu amik dia balik dari Qdees, bukan main teruja dan senyum tak henti2 bila dia explore buku tu. Aku happy sangat2 (dpt gumbirakan anak).

Buku yang berkonsepkan 'moveable parts' pada setiap pages itu kini menjadi kesayangan Q. Tapi lagu2 TWOTB tetap menjadi 'minat' nya hingga kini.

The Wheels On The Bus: PAUL O ZELINSKY

Klo dapat yang macam ni lagi best!

p/s: Minat anak anda pulak apa? Jom share :)

Wednesday, February 29, 2012

Cerita Q ke 'Skol'

Alasan untuk lama tidak ber'blog', tetap sama. Bz la sangat kan. Tetiba hari ni ada mood plak nk baca blog kawan2 dlm list ni. Mood pon mula lah datang untuk menaip sepatah dua kata. Hari2 mendatang memanglah sangat bz dengan schedule chocolate yang tidak menentu dari customer (Alahamdulillah rezki). Sampai tak muncul2 idea nk update blog kesyanganku ini. Nak update sket la pasai si kecik yang sorang ni.

Alhamdulillah tahun ni Q akan melangkah ke tahun yg ke-2 pada 19 March 2012 ni. Tak terasa aku dia dah membesar dengan cepat. Mulalah rasa rindu nak baby lagi (cewahhhhh.... mmg rindu). Klo ada rezki nak la menambah lagi. Lagi pon tahun ni Q dah pon 2 tahun. Target untuk Breastfeed Q, diizinkan Allah dengan sempurnya hingga ke saat ini, Alhamdulillah. So bolehlah nak mencuba lagi. (Heeeee...hehehehe...)

Alhamdulillah jugak tahun ni aku & suami telah pon mengambil keputusan untuk masukkan Q ke tadika. Memang tak de dalam planning lansung pada mulanya. 6 bulan Q di hantar ke nursery. Tp tiba2 saja aku rasa gatai2 kaki pada Dec last year saja nak p survey Tadika Q-dees. Asalnya Q-dees hanya menerima kids yang berumur 3 tahun, tapi bila Madam Principal tengok je Q, dia cakap, "bolehlah, kita bagi je dia join2 je klas yang ada. Tumpang2 balajar". Memadangkan aku dh keliling habis kawasan Q-dees tu, hati rasa macam dh jatuh cinta dgn environment sekeliling. Balik rumah terus cakap ngn suami, boleh ke nk anta Q masuk tadika di usia dia 1 tahun 10 bulan ni? Suami cakap kalau aku on, dia pon on aje. So walaupon nerves, tp klo hati redha, eden toray je la. Esoknya terus anta Q dan tingai dia cam tu je. Mula dengar nangis, "hek..." aje. Esoknya terus ok2 aje. Alhamdulillah. Mula macam tak caya je Q masuk tadika umur 1 tahun 10 bulan. Tapi lama2 dh ok, Q pon sgt suka pegi 'skool'.

Skol time!

Bagi aku Tadika Q-dees sangat ok kerana modul2 pendidikan yang diserapkan semuanya menepati apa yang aku nak. Ada reading, chinese, J-Qaf utk bahasa Arab & lain2 aktiviti pendidikan. Dan yang paling aku suka Q-dees menggunakan 100% english languge untuk semua kids yg ada kerana selain aku yang menggunakan english dalam berkomunikasi dengan Q, teacher2 pon sama juga. So bg aku ini sgt baik! Akhir kata semoga Q sentiasa mempunyai minat yang tetap untuk berskola. Semoga anak2 kita menjadi anak indah akhlaknya.

Tuesday, November 01, 2011

3 hari di KPJ Pakar Perdana

Lokasi: KPJ Pakar Perdana, KB
Tarikh: 26-28 oct 2011

Depavali di hospital. Hee~
Walaupun tak sambut depavali, tapi sejarah hari itu aku, suami & Q bermalam di hospital selama 3 hari. Ni lah gara-gara anakanda Q terkena muntah, cirit dan demam pada hari sebelumnya. Al-kisah petang 25.10.2011 kami seperti biasa mengambilnya balik dari nursery. Lepas makan sempat kami ke pasar cina untuk mencari lauk-lauk segar.

Dalam perjalanan pulang Q tiba-tiba muntah dalam masa 15min sekali. Habis tudung dan baju aku kena haruman muntahnya. Hairan juga biasanya tak macam ni, suami berkata mungkin dia makan terlalu banyak sampai sendat perut. Yang pelik asyik muntah susu je, makanan tak de pulak. Tak pa la mungkin tak ada apa-apa. Sampai la rumah, Q masih muntah-muntah, melarat sampai ke malam. Lewat tengah malam bukan takat muntah lagi, malahan dah tahap cerry-berry dah. Hati mula tak sedap. Hingga jam 3pg aku dan suami berjaga sepanjang malam.

Bangun pagi esoknya, keadaan masih sama, cuma muntah dah berkurang.
Kami mengambil keputusan untuk bawa Q ke hospital. Sampai di hospital kami minta supaya Q di masukkan ke ward, supaya dia dapat penjaan rapi di sana. Oleh itu aku dan suami la peneman setia anakanda Q sepanjang 3 hari di sana. Q dijaga dengan rapi, alhamdulillah Q kini sihat dan aktif seprti biasa, yang penting Q dah kembali bercakap banyak macam selalu. Amin~


Doa mummy, semoga anakanda Q sihat-sihat selalu :)

Thursday, September 22, 2011

Aidilfitri 2011

Setelah sekian lama tak update blog. Bila dah puasa tu bz la sesangat dengan tempahan chocolate yang non-stop. Alhamdulillah la rezki ramadhan/ syawal. Bila dah raya tu lagi la bz. Tahun ni raya giliran dengan mertua. Yang best tahun ni, raya di rumah sendiri. Family mertua datang beraya di sini. Dan yang best lagi, tahun ini 98% juadah open house pagi raya semua di masak sendri. Walaupun letih tak cukup tidur malam raya tu tapi seronok sebab dapat menjamu tetamu dengan air tangan sendiri. Antara juadah yang dihidangankan ialah laksa penang, laksa siam, nasi tomato & ayam masak merah. Nasi tomato & ayam masak merah merupakan juadah wajib keluarga aku sejak dari kecil lagi. Oleh itu juadah wajib itu akan aku kekalkan sehingga ke anak cucu. Cuma kuih raya je mertua yang bawak. InsyaAllah tahun depan akan cuba tak beli kuih raya, impian nak buat kuih raya sendiri ada jugak tapi belum pandai lagi. Hehe. Juadah semua, Alhamdulillah sold-out tertutamanya laksa penang sampai kena masak 2 round. Alhamulillah~

Walaupun tahun ni gilirin mertua akan tetapi suami tercinta tetap mengizinkan untuk aku pulang beraya di Penang. Kami balik beraya pada hari raya ke-5. Memang begitu lah tradisi aku dan suami sejak tahun pertama berumahtangga. Alhamdulillah suami sentiasa adil bab-bab beraya ini. Hee~

Oleh itu silalah menatap photo yang sempat diambil untuk Aidilfirti 2011.

Tuesday, July 12, 2011

Bahan Didikan Q

Seperti anak-anak lain yang mempunyai minat tersendiri dalam membentuk perkembangan minda mereka. Apa yang anak-anak minat dan lakukan, kita sebagai ibu bapa perlu prihatin dalam membentuk anak yang bijak dan cerdik mengikut perkembangan usianya.
Apa yang Q minat di usia 16 bulan ini? Superhero? Cartoon? Buku? Toys?
Jom, aku kongsikan di sini.


Grolier-Disney Magic English
Sejak usia Q 10 bulan lagi kami telah membeli set Grolier sebagai hiburan pengganti kartun untuk Q. Q memberikan respon yang baik setiap kali aku memasangkan DVD magic english untuknya. Dengan sesi pembelajaran yang fun, Q juga mula mengenali abc. Tak perlu aku mengajarnya abc, kerana dengan lagu abc yang disediakan dalam DVD ini, setiap kali membuka apa saja buku, Q akan menyebut abc (menandakan dalam buku mempunyai huruf abc).

Grolier - Disney Magic English


Little ReaderSoftware bantuan membaca untuk bayi seawal 3 bulan. Tapi aku menemui sofware ini semasa Q menjangkau usia 12 bulan. Itu pun hasil perkongsian maklumat dari seorang sahabat baik aku. Kerana kami banyak berkongsi maklumat dan info mengenai pendidikan bayi. Kini aku menggunakan trail untuk software ini. Kalau ada rezki insyaAllah nak juga aku beli untuk Q. Harga pasaran untuk 1 set RM1500. Aku sangat mengagumi LR ini kerana dalam masa 1 minggu aku mencubanya untuk Q. Dia telah boleh mengenal word seperti: clap, wave, kick, cat, fish. Selain software aku yang di-install aku juga menggunakan kaedah flash card dari LR untuk Q. Serius software ini sangat berkesan untuk Q dalam mengajarnya membaca. Kini Q telah mengenal word: clap, wave, point, kick, mouth, ear, nose, smile, laugh, eat, cat, dog, duck.
Sahabat aku telah membeli full set LR untuk 2 orang anaknya. Alhamdulillah anaknya yang berusia 2 tahun boleh membaca 65 lebih word dalam masa 1 bulan percubaan. Sangat menarik. LR adalah bahan bantuan bacaan bayi yang terbaik pernah aku cuba.

Sesi membaca bersama Little ReaderFlash Card - WORD yang dibuat sendri

Flash Card - PICTURE yang dibuat sendiri

Barney
Hiburan tv kanak-kanak yang sangat menarik bagi Q. Q akan dancing-dancing setiap kali Barney menyanyikan lagu. Kini aku mula mengumpul siri DVD Barney untuk tontonan paginya.
Toys
Seperti anak-anak yang lain Q juga mempunyai koleksi toys yang agak banyak. Tapi banyak terdiri daripada kereta (banyak dari pemberian orang). Kami jarang membeli mainan untuknya kerana Q kurang bermain toys kecuali kereta tolaknya (hadiah dari Mang J). Q lebih suka menyelak dan memunggah buku-buku-nya yang aku sediakan dalam biliknya. Jika membeli toys pun aku akan memilih toys yang lebih kepada education toys.

Halwa telinga
Untuk halwa telinga dan hiburan Q di dalam kereta, aku telah membelikan CD nasyid kanak-kanak 'DHUHA'. CD nyanyian bahasa arab yang sangat menarik sehinggakan aku dan suami hafal hampir kesemua lagu dalam CD tersebut. Q juga tidak ketingalan untuk menyanyi carannya sendiri.


Pendidikan anak-anak ini sangat luas. Apa yang aku praktikkan untuk diri aku sendiri adalah 'kesabaran' dalam mendidik anak-anak. Mengajar Q membaca bukan 1 perkara yang mudah, kerana kadang-kala bila dia moody, agak susah juga. Oleh itu aku banyak mengikut mood-nya tanpa paksaan untuk belajar. Semua ibu bapa mahukan anak-anak yang soleh, cerdik dan pintar. Pengalaman yang ada aku suka untuk berkongsi. Dalam pada itu aku masih dan tidak jemu mencari ilmu dan tips berguna untuk mendidik Q. Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Kerana bagi aku pembelajaran bukan bermula dari guru dan sekolah, malah dari kita sebagai ibu bapa. Untuk ibu-ibu diluar sana, mari sama-sama kita beramal. Hihi ;)

Thursday, June 09, 2011

Majlis Resepsi: Amirah & Amer

Majilis: Perkahwinan Amirah & Amer
Lokasi: Saloma Bistro, KL.
Tarikh: 28 Mei 2011

Sekadar ingin berkongsi, majlis persandingan sepupu dari sebelah suami yang berlansung baru2 ini di Saloma Bistro, KL. Majlis yang berlansung dengan meriah dan penuh sederhana. Aku dan suami telah diberi penghormatan untuk menjalankan tugus sebagai MC pada malam itu. Seronok bila dilantik sebagai MC. Termakbul juga impian nak berjuruacara di depan orang ramai. Maklomlah aku ni sangat2 bercita-cita nak menjadi pembaca berita sejak kecil lagi. Jadi juruacara majlis orang kawen pon jadilah. Untuk Amira & Amer, selamat pengantin baru. Semoga kekal ke akhir hayat. InsyaAllah. Jom cuci mata gambar2 bersama sedara mara yang ada.

MC of the night

~Zurina Fariduddin~

Me & Hubby

Bersama Amirah (Pengantin)

Bersama Amirah (Pengantin)

Q bersama Mak Su-nye
Me & Hubby

Bersama adik2 ipar yg cool

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget