Showing posts with label Sharing Untuk Ibu-Ibu. Show all posts
Showing posts with label Sharing Untuk Ibu-Ibu. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Aku Masih Penyokong Tegar ASI

Bila dah stat ber-blog, memang kerjenya nak meng-update je la kan? Time update mestilah tengah2 malam tatkala 2 hero genius saya sedang lena di buai air-cond. Haha.

Just nak sharing mengenai apa yang aku praktikkan pada anak kedua ni. As usual, aku memang penyokong tegar ASI (Air Susu Ibu/ Susu Ibu). Sangat tegar sehinggakan aku tak sedar yang aku dah berjaya Bf Qaef sehingga 2 tahun. Alhamdulillah, rezki Allah utk Qaef dapat titisan emas ni. So utk Qashaf, konsep yang sama aku praktikan, cuma kali ni aku dapat bonus dimana Qashaf dapat combine botol dgn mudah. Wehooo.... memang lega la. Ikot pengalaman Qaef smp sekarang la no bottle at all & formula pon hampeh dia tak. Baru betul fully bf namanya. Ahaks~

Oleh kerana Qashaf boleh combine botol & direct feed, so bila balik kampung ja sakan la aku tinggalkan dia dengan tenang ja. Alahamdulillah rezki Qashaf murah, stok ebm pon banyak dan cukup terlebih2. Hopefully misi untuk Qashaf pon akan mencapai 2 tahun. InsyaAllah.

Ops! Ni je pic yg ada. Yg sblah tu jus Qaseh yg aku amalkan utk tenaga. Alhamdulillah.

Wednesday, December 05, 2012

Pilihan untuk berpantang: Set Bersalin Tanamera

Kali ni aku nak share pasal penggunaan set bersalin atau posnatal care set untuk ibu-ibu selepas bersalin. Kalu dulu aku menggunakan set bersalin dari Lessa Formula. Kali pertama pregnant memang tak tahu menahu sangat set apa yang sesuai, memandangkan sekarang ni banyak sangat set bersalin di pasaran. Masing-masing ada kelebihan dan khasiat tersendiri.

Pengalaman menggunakan set bersalin lessa formula masa tu main redah ja. Terpikat nak membeli sebab dari testimoni ramai yang mengatakan set ni penggunaannya cukup sampai 40 hari pantang. Tak membazir dan menjimatkan. Sebab kebanyakkan set lain banyak sangat jamu atau ubat yang terlebih-lebih dan tak terguna. Pengalaman guna set lessa formula ni bagi aku ok2 ja. Pil haruan dia bagus luka cepat baik, cuma aku pulak terkena sembelit. Barang-barang lain dalam set tu mcm krim sapu suma tu ok dan sedap diguna la. Harga 1 set termasuk tunku herba klo tak silap dlm RM370++ kot.


Untuk pregnant kali ini aku mulanya tercari-cari jugak set apa pulak yang aku nak cuba, Mulanya aku nak cuba set Nona Roguy (NR), memandangkan set ni agak femes, dan ramai yang kata klo amik set ni tak kena sembelit. Tapi problem lain yang aku dengar ramai yang amik set ni baby pulak yang terkena cirit, kebanyakkannya ramai yang mengahadapi masalah ni. Mungkin sebab set ni berasakan jamu dan tak sesuai untuk bayi yang menyusu. Oleh kerana aku memang berhasrat untuk menyusu baby aku sepenuhnya, so aku cancel-lah nak cuba set NR ni. Aku mula mencari set yang mesra breastfeed dan free *jamu. Jamu ni bagus sebenarnya untuk kesihatan dalaman kita, tapi untuk yang planning breastfeed memang tak sesuai untuk baby, risau baby akan panas dan perut meragam. Lagi pulak kalau anak terkena jaundis memang tak sesuai.

So cari punya cari aku pon terbaca 1 artikel dalam Pa&Ma, mengenai testimoni seorang ibu mengenai set bersalin Tanamera. Set ni macam baru la bagi aku, so apa lagi stat dari terbaca tu aku pun buat la reseach kaw2 punya la. Bila baca set ni free *jamu dan semua bahan2 dalam set ni berasaskan herba dan sesuai utk Bf mom. So bila dah masuk 7 bulan aku pun belilah dgn harga RM360. Apa yang best beberapa produk dalam set ni dah pun boleh diguna sejak hamil lagi. Aku dah pun stat guna dan hasilnya memang puas hati. Memang bau2 terasa bagai SPA dirumah. Harum....

Dalam set ni ada 11 item:
1. Feminine Herbal Wash
2. Herba Mandian
3. Tapel
4. Pilis
5. Bengkung
6. Teh Herba
7. Herba Massage Oil
8. Brown Soap
9. Lavender Spray
10. Herbal Body Scrub
11. Coconut Virgin Oil (VCO)

Produk yang boleh mula pakai semasa hamil ialah:

1. VCO- Mula pakai pada minggu ke-28 untuk urutan di bahagian premium, bertujuan untuk melembabkan dan melincirkan bahagian premium untuk memudahkan proses bersalin. Pada minggu ke-34 VCO boleh diminum 3 kali sehari bertujuan sebagai minyak selusuh untuk memudahkan proses bersalin. InsyaAllah. VCO ni jugak bagus untuk sapu pada perut untuk elakkan stretch mark.

2. Brown Soap- Ini yang sangat menjadi febret aku, bau herbal yang sangat harum. Sabun ni macam srub gak, bila pakai rasa badan betul-betul bersih dan boleh mengurangkan kesan-kesan hitam kulit di tengkuk, celah peha dan ketiak. Oleh kerana sedap sangat pakai sabun ni, aku plan nak borong lagi 3 ketul sebab aku memang guna setiap hari. Nak jimat punya pasal aku potong sabun ni jadi 3, 1 potong dapat la pakai dalam seminggu lebih. Kalau nak beli sabun ni secara asing, harga seketul RM15.

3. Herbal Massage Oil- Minyak urut herba, boleh la pakai klo ada sakit kaki ke pinggang ke. Memang best dan bau sangat harum. Minyak ni pon tak panas.

Ni je la yang aku dah stat guna, yang lain2 tu akan aku testimoni selepas guna semuanya habis nanti. Ini lah set yang aku beli, dapat free brown soap dan aku beli extra VCO.

Produk yang terdapat dlm set Tanamera

VCO & Herbal Massage Oil

Brown Body Soap (Kalau pakai confirm jatuh cinta la)




Monday, October 22, 2012

Persediaan Menyusukan Bayi Anda

Entry kali ini aku nak kongsi sikit dengan semua mommies baru mahupun dah mempunyai beberapa orang cahaya mata mengenai persedian aku secara peribadi untuk menyusukan anak yang bakal lahir. Walaupun aku dah berjaya menyusukan Q selama 2 tahun 3 bulan dan telahpun mencapai target yang diinginkan, namun untuk anak kedua ini aku masih beranggapan aku akan memulakannya dengan '0' dan perlu menambah lagi ilmu yang sedia ada. Ini kerana aku bertekad akan menyusukan bakal anak kedua ini lebih baik dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang pernah dilalui pada penyusuan anak pertama. InsyaAllah.

Di antara persediaan yang telah dan bakal aku lakukan mengikut pengalaman lepas ialah:

Hospital:-
- Cuba berbincang dengan doctor yang bakal membantu aku semasa melahirkan nanti jika tiada sebarang masalah aku ingin terus menyusukan anak aku sejurus selepas melahirkan.
- Jika anak di masukkan ke nursery, aku mahukan kerjasama dari nurse supaya anak aku sentiasa boleh mendapatkan hanya susu ibu sekurang2nya 2 jam sekali atau baby hanya bersama aku selama 24 jam supaya mudah disusukan.
- Minta kerjasama dari nurse supaya tidak memberikan baby dengan susu formula.
- Bagi yang buat pertama kali ingin menyusu, maklumkan kepada doctor yang anda memerlukan pakar laktasi untuk membatu anda dalam penyusuan pertama.

Suami:-
- Dari anak pertama lagi aku sudahpun meminta izin dari suami bahawa aku ingin 100% menyusukan baby sehingga usianya 2 tahun.
- Sering kali menceritakan kepada suami tentang bertapa bagusnya susu ibu dan segala kebaikan yang ada (secara tidak lansung, suami juga mendapat ilmu).
- Minta sokongan dari segi mental dan juga sedikit modal untuk membeli peralatan untuk persediaan penyusuan.
*Alhamdulillah suami aku sangat menyokong perjuangan aku, malah dia sangat berbangga bila mengatakan yang anak kami hanya 'fully breastfeed' :)

Ibu/ Ibu mertua:-
- Kalau ada yang terkena dengan kerenah antara kedua insan ini, sabar je lah. Orang tua-tua memang ada mitos mereka tersendiri terutama bagi mereka yang kurang menyokong penyusuan susu ibu. Dari pengalaman aku, apa yang aku buat cuma pekakkan telinga, kuatkan hati dan cuba tangani segala mitos-mitos yang diusulkan dengan kata-kata yang menyakinkan, akan tetapi jangan sekali-kali menyakiti hati mereka. Anggap je yang mereka ini kurang ilmu dan apa yang kita buat untuk kebaikan anak kita sendiri. Tapi syukurlah walaupun ibu aku sendiri dulu tidak menyusukan kami kerana alasan tiada susu dan bekerja, tapi dia sentiasa menyokong aku 100%. 

Ilmu:-
- Ini sangat penting bagi ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan anak masing-masing. Bagi aku, mempunyai ilmu dan pengetahuan sangat penting dalam menjayakan penyusuan anak. Teringat aku kata-kata dari seorang ibu yang berjaya menyusukan 3 orang anak, "supplement yang dijual untuk menambah susu hanya untuk membantu kesihtan tubuh badan ibu, akan tetapi ilmu pengetahuan lebih penting untuk berjaya dalam penyusuan. Ini adalah kebenaran yang akan akui kerana sepanjang menyusukan Q aku hanya bergantung pada ilmu yang aku cari sendiri. Walaupun pernah mencuba supplement XXX tapi memang kesannya aku rasa sihat pada tubuh badan aku sendiri. Pada anak? Makan tak makan supplement sama je kot effectnya, dia nak dia 'nyot-nyot' je...Heee...
- Carilah bahan-bahan bacaan, tidak kiralah dari buku, internet dan sebagainya.
- Aku juga menggalakkan mommies semua supaya rajin-rajin menjengah blog-blog, forum ataupun kumpulan ibu menyusukan. Ini kerana banyak maklumat yang dapat kita kongsikan dengan ibu-ibu yang lebih mahir dan berjaya.
- Aku juga sering membuka video-video dari utube untuk melihat cara menyusu dengan betul, melekapkan puting dengan betul, menyusu dalam keadaan berbaring dan juga cara memerah susu menggunakan tangan (teknik marmet). Apa yang aku dapat semuanya memang sangat berguna dan praktikal.
- Selain cara di atas kita juga boleh berkongsi ilmu dengan ibu-ibu lain secara tidak lansung jika ke birthday party, kenduri dan sebagainya. 

Peralatan menyusu:-
1. Breastpump
- Penting untuk mommies yang berkerja dan perlu untuk menyimpan stok untuk untuk bayi anda. Pump juga sedikit sebanyak membantu dalam penghasilan susu anda.
- Pilih pump yang sesuai dan mengikut budget anda.
- Buat pilihan sama ada inginkan jenis elektrik atau manual.
- Jika ragu-ragu untuk membeli pump, tanyalah pendapat rakan-rakan yang terdekat mahupun rakan-rakan dalam forum penyusuan.
- Aku dulu menggunakan breastpump dari spectra 3 yang berharga RM388 pada masa tu. Sekarang rasanya dah murah sket dalam RM328 kot. Spec 3 ni femes dalam group dan forum dan ramai yang suggest untuk pakai pump nu. Pump ni best sebab tak bising dan tak sakit. pressure pun boleh adjust dan boleh buat double pumping. Sesuai untuk mommies yang bekerja dan nak cepat :)

Spectra 3 electric breastpump (yang aku guna)

Unimom Mezzo (Contoh: Pump manual)


2. Breast-milk Storage
- Berguna untuk menyimpan stok susu anda. Carilah yang harga berpatutan dan semestinya BPA free.
- Sekarang dah ada jual plastik untuk storage yang aku rasa lebih menjimatkan ruang penyimpanan susu anda. Dulu masa aku tak banyak storage jenis plastik so suma pakai botol je. Aku ada lebih kurang 30 botol untuk simpan susu. So rasanya kali ini nak beli juga jenis plastik.
Bumblee PP Breastmilk Bottle (Aku pakai brand ni je)

 Autumnz: Zipper Storage Bag

Ini jenis plastik yang perlu diikat sendiri

Nampak boleh jimat space freezer kan?

3. Food/ milk warmmer
- Ini aku tak pernah ada lagi, tapi ranya kali ini nak beli la 1 untuk mudahkan aku panaskan stok susu nanti. Kalau dulu aku hanya gunakan bekas steel untuk panaskan susu. Aku plan nak beli brand Autumnz: Food warmer and sterilizer. Harga paling ok dan food wamer dia boleh diguna dalam kereta juga. Selain tu milk warmer ini boleh juga guna untuk panaskan food baby. Harga yang aku dah survey ialah RM175.

Autumnz: Electric Steam Sterilizer + Home & Car Warmer Combo

 
Dulu aku guna bekas steel ja untuk panaskan susu

4. Cooler Bag & Ice Pack
- Penting untuk mommies yang bekerja dan selalu travel. Ini kerana susu yang telah di pump perlu dimasukkan ke dalam cooler bag untuk mengekalkan ketahanan suhu susu tersebut terutama ketika hendak dibawa pulang ke rumah selepas kerja.
- Ice pack pula bertindak untuk mengekalkan suhu susu kita yang disimpan dalam cooler bag.
- Cooler bag sekarang lebih fashionable, tengok pun rasa nak beli 1 lagi. Hehehe...

Contoh penggunaan ice pack dalam cooler bag

Rasanya ini saja yang ingin aku kongsikan untuk kali ini. Aku sentiasa berlapang dada untuk berkongsi segala apa saja ilmu yang aku anda untuk sama-sama membantu momies semua supaya turut berjaya dalam perjalanan penyusuan masing-masing. Hati juga tak sabar rasanya, kerana rindu sangat nak menyusukan baby lagi :)

 

Tuesday, October 16, 2012

Refresh: Kelebihan Susu Ibu dan Fadhilat Menysukan Anak

Teringat masa mengandung anak pertama dulu, boleh dikatakan setiap hari aku akan buat research mengenai 'susu ibu vs susu formula'. Dari bahan bacaan, forum, fb group sampai lah video-video yang berkaitan dengan dunia susu ibu ni. Boleh dikatakan tak pernah jemu nak menimba segala jenis kebaikan yang ada pada 'susu ajaib' ni. Bila dah pandai menyusukan anak, seronok pulak bila dapat berkongsi pengalaman, ilmu dan secara tak lansung aku suka sangat mengggalakkan rakan-rakan dan saudara mara untuk cenderung ke arah penyusuan secara esklusif. Alahamdulillah ada berjaya dan ada juga masih mencuba sedaya mungkin. Ini semua bergantung pada rezki Allah yang telah ditetapkan untuk kita dan anak kita :)

Bila kita dah ada niat dan kesungguhan nak menyusukan bayi kita secara ekslusif banyak sebenarnya dugaan dan cabaran dari unsur-unsur luar dan dalam. Tak terkecuali juga ada yang menyindir bila tengok anak dah besar pun masih breastfeed lagi. Apa yang aku buat, aku kuatkan hati dan pekakkan telinga, malah masih boleh tersenyum lagi pada orang yang menyindir hehe... Yang penting suami tercinta sentiasa memberi semangat dan sokongan yang amat jitu, sehingga aku sendiri berjaya menyusukan anakanda Q secara ekslusif sehingga umurnya 2 tahun 3 bulan (tanpa mencampurkan susu formula).

Di sini aku nak kongsi sedikit satu artikel yang menerangkan kepada kita (ibu-ibu) mengenai 'Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu, Bukti Kebenaran al-Quran' yang aku ambil dari blog: http://hasnulhadiahmad.com

Sekadar ingin berkongsi ilmu untuk ibu-ibu diluar sana dan refresh pengetahuan untuk diri sendiri :)


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

Wallahu’alam….

Monday, October 15, 2012

Stretch Mark Lotion Elak Rekahan Pada Perut

Mungkin ada di antara anda yang sedang hamil ada mengalami stretch mark atau rekahan kulit pada perut (terutamanya) ketika hamil. Nanum ada yang bernasib baik tidak mengalaminya. Malah ada juga yang mengalami gatal-gatal perut beserta dengan rekahan pada kulit. Mungkin sebab faktor pembesan bayi menyebabkan kulit pada perut kita jadi begitu. Takut juga kan? Sebab ada yang mengatakan rekahan kulit ni parutnya susah nak hilang bila dah bersalin nanti. Sebab tu mak-mak kita selalu pesan, kalau perut gatal-gatal jangan garu terus pada perut menggunakan kuku, nanti perut tak cantik katanya. Mungkin ada betulnya juga.

Alhamdulillah dari mengandungkan anak pertama dan kini bakal anak yang ke-2 (6 bulan) aku tidak mengalaminya (harap-harap tak dak lah). Sejak anak pertama, semasa 5 bulan lagi aku selalu mengamalkan menyapu body butter setiap kali selepas mandi. Masa anak pertama dulu perut mengalamai kekeringan, oleh itu untuk elakkan dari gatal dan takot ada stretch mark aku kerap mengemalkan body shop olive oil body butter. Ada juga yang mula mengapu lotion pada perut dari 2 bulan hamil lagi. Maklomlah nak ambil langkah berjaga-jaga.

Mengandungkan anak ke-2 kali aku mula amalkan menyapu Palmer Stretch Mark Lotion. Mulanya ragu-ragu nak pakai lotion ni sebab ingat lotion ni hanya untuk wanita hamil yang dah pun mengalami rekahan, tapi bila buat research lotion ni bertindak untuk menghalang dan mengurangkan rekahan. So, untuk elakkan dari timbulnya rekahan dan gatal kulit aku pun jadikan lotion ni as my besfren :). Selain tu aku juga amalkan memakai Palmer Skin Therapy Oil yang fungsinya lebih kurang macam bio oil juga. Aku juga gunakan therapy oil ni untuk anakanda Q, sebab kakinya kerap mengalami kekeringan dan parut-parut luka (maklom lah anak jantan). So far suka sangat pakai 2 produk ni, bau pun sedap macam bau kek gitu. Lotion yang aku guna tu pun pekat. Produk ni boleh beli kata mana-mana farmasi, watsons & guardian. Harga untuk stretch mark cream dalam RM47.90 dan terapy oil kalau tak silap aku RM33.90 kot. So untuk yang nak mengelakkan dari timbulnya stretch mark bolehlah cuba lotion ni :)

Palmer: Stretch Mark Massage Lotion


Palmer: Skin Therapy Oil 


Body Shop: Olive Oil Body Butter

Thursday, October 04, 2012

Maternity Support Belt-Temanku Sepanjang Hamil

Mungkin ada yang familiar dengan maternity support belt untuk pregnancy dan mungkin juga baru nak kenal atau lansung tak pernah tahu. Mungkin juga ada yang dah pun menggunakan belt ni. Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan belt ni. Hari ni masuk hari ke-3 aku pakai tak kira masa kat rumah atau pun kat luar. Aku tertahu pasal belt ni dalam majalah Pa&Ma keluaran Sept & Oct 2012. Terasa nak mencuba bila membaca kebaikan produk ini. Kebetulan pulak sejak preggy 5 bulan aku kerap mengalami sakit pinggang, terutama selepas buat kerja-kerja rumah. Sekarang dah 6 bulan makin kuat terasa sengal-sengal pinggang. Asal buat kerja berat sikit mesti sakit pinggang bukan kepalang. Sampaikan 'amens yokoyoko' menjadi bestfen aku sepanjang hari.

Bila dapat contact orang yang jual maternity belt tu, aku pon terus je beli. Dapat lah harga promo utk Oct RM160, dari harga asal RM190 termasuk postage. Bila dah dapat terus je balik pakai. Hari ni masuk hari ke-3 aku pakai. Ini antara perubahan yang aku rasa sejak gunakan belt ini:

 Mummy N Baby Maternity Support Belt


1. Sakit pinggang dah tak terasa.
2. Sengal perut berkurangan.
3. Perut rasa tersangatlah ringan.
4. Kaki tak sakit bila berjalan banyak.
5. Mudah melakukan kerja-kerja rumah.
6. Memudahkan aktiviti senaman kehamilan tanpa kekejangan perut dan sakit pinggang.
7. Duduk lama kat ofis pun tak jadi masalah.
8. Duduk lama atas lantai tanpa rasa sengal sana sini.
9. Dapat mengurangkan rasa kerap kencing.
10. Pinggang dan perut terasa sangatlah di-support ketika duduk dan berjalan.
11. Dan yang paling penting dapat melakukan ibadah solat dgn selesa terutama semasa ruku' dan sujud.


Beginilah rupa ketika dipakai 


Bak kata lain, sangatlah selesa dan memang belt ini patut menjadi teman baik semua ibu-ibu hamil terutama bila perut makin membesar dan sarat nanti. Belt ini juga boleh digunakan oleh ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan semasa berpantang. Untuk pengetahuan ibu-ibu juga belt ni sangat direkemen oleh gynae kepada ibu-ibu hamil. Bagi yang baru nak mencuba, jangan ragu-ragu lagi :)

Sunday, March 04, 2012

Supplement Utk Q

Hari ni aku nak share dengan semua parents kat luar sana mengenai supplement harian untuk Q. Korang pernah dengar tak tentang transfer factor? Mungkin ada yang pernah dan mungkin baru je dengar dan tahu. Terbitnya rasa untuk mencuba produk ini adalah disebabkan anakanda Q beberapa bulan lepas kerap sangat kena jangkit selsema, batuk dan diikuti demam. Boleh dikatakan batuk dan selsema akan berlarutan sampai sebulan. Hati ibu biasalah risau bila anak sakit susah nak baik, walaupun hanya batuk dan selsema. Lepas baik, after seminggu kena balik jangkit. Macam tu la berulang. Lagi pulak Q jenis susah sangat nak makan ubat, sampai aku sendri 'give-up' nak bg ubat kat dia. Kalau makan je ubat terus dia muntahkan baik. Kena pulak Q jns antibodi lemah, mudah dijangkit batuk dan selsema. Klinik & ubat dah macam2 dh mencuba, rata2 memang 'tak berhasil' (ubat2 tu semua xlut). Sampai ke pakar pon tak lut.

Sehingga pada Sept 2011 aku bawa Q ke pakar kanak2 di Penang (Hope Children Hosp). Kes batuk & selsema hampir 2 bulan. Lepas doctor cek paru2, doctor tu tanya, "anak ada asthma tak?". Aku pon menjawab, "tak ada?". Doctor just bagi ubat dan Q kena amik nabulizer (gas untuk claerkan paru). Antara ubat yang doctor bagi, adalah 'ventolin'. Pada mulanya aku tak tahu ubat tu untuk pesakit mcm mana sebab doctor just cakap untuk clearkan paru2. Pas amik ubat dalam3-4 hari, Alhamdulillah Q dah baik sepenuhnya. Mungkin jugak sebab nak kena pergi pakar. Sampailah pas kes tu, setiap kali Q sakit aku mesti akan cari pakar.

Pada Oct 2011 sekali lagi Q di serang sakit batuk, selsema, muntah & cirit. Esoknya aku dan suami bawak Q ke KPJ Pakar Perdana untuk di admit. Mula pead chek, dia tanya soalan yang sama, "anak awak ada asthma ke?". Aku pon menjawab, "tak ada" (dengan yakin sbb fam xde sejarah asthma). Doctor cakap, "anak awak ada asthma/ lelah ni sbb nafas dia berbunyi kuat ni". Aku pon cakap, "sebelum ni sy bawak dia pergi pead kt Penang, doctor tu xde mention apa2 pon dan cuma bg ventolin & nabulizer". Doctor tu pon explain, "kalau dah bagi nabulizer & ventolin tu maknanya anak awak ni ada lelah ni". Waktu tu hanya Allah yang tahu macam mana perasaan aku bila tahu anak aku kena serangan asthma. Sejak dari itu aku banyak buat research mengenai penyakit astmha. Rupanya asthma bukan saja boleh kena sebab faktor genatik, malah bayi juga mudah sangat terkena serangan asthma. Syukur jugak pada masa tu doctor cakap lelah Q masih di tahap boleh diubati supaya tidak berpanjangan sehingga ke tua.

Selapas kes Q kena admit, Q masih lagi kena serangan selsema & batuk. Perkara ni dah jadi macam kebiasaan untuk aku. Yang merunsingkan Q lansung tak mahu telan ubat, malah tengok syringe pon dia dah muntah. Aduhai.... susah sangat hati aku masa tu. Tiba2 aku teringat salah seorang sahabat perlu rekemen aku untuk mencuba produk transfer factor (TF). Aku pon dengan rela hati membeli. Pada waktu tu, kebetulan Q kena pulak serangan demam waktu malam yang dah hampir 1 minggu tak kebah2. Hari pertama aku cuba bg TF 4 jam sekali. Alhamdulillah esoknya demam Q baik dengan izin Allah. Batuk selsema hilang lepas 3 hari aku bg TF. Alhamdulillah sehingga hari ni aku masih meneruskan 1 biji TF utk Q setiap pagi secara konsisten. Kesan dari itu aku perhati Q dah tak sakit lagi macam dlu dan antibodi dia juga agak baik. Bila kena selsema atau batuk cuma 3 hari je, lepas tu baik dengan izin Allah. Bila Q sakit aku cuma bg TF je utk dia, ubat klinik semuanya aku dah stop untuk dia. Yang lebih aku syukur, kali ini Q dah tak perlu di bawak ke hosp untuk nabulizer apabila terkena batuk. Alhamdulillah sangat. Aku sangat rekemen produk ini utk kawan2. Produk ini berkesan untuk meningkatkan daya tahan dan imunisasi badan. Sesuai untuk semua golongan, dari bayi hingga tua. Aku sendri amalkan TF jika demam atau batuk. Cuma lebih fokus untuk Q sebab produk ini agak mahal. Biarlah melabur sikit demi kesihatan anak. Aku juga dapati sejak Q baik sepenuhnya sejak amalkan TF ni, selera makan dia bukan main membuak2, Alhamdulillah jugak berat dah naik mendadak (pertama kali nurse tak bising sebab berat selalu kurang). Yang paling aku lega, Q juga dengan rela hati selalu mintak sendiri TF (yg disebutnya 'tatamin' (vitamin)) untuk dimasukkan ke dalam yogourt-nya. Untuk makluman semua TF ini tidak mengandungi kimia atau dadah. Produk ini berteraskan kolestrum lembu (susu awal lembu) dan kuning telur (egg york). Kini kalau balik kampung atau travel, aku dah tak bawa hampir setengah dozen ubat2 Q, cukup dengan bekal sebotol TF yg akan aku bawa kemana2.
Transfer Factor Advance

Selain itu untuk daya tahan badan supaya Q tidak mudah dijangkiti selsema, doctor sering menyarankan supaya aku amalkan vitamin C sebagai supplement harian untuk Q. Oleh itu aku memilih untuk meberikanya chewable vitamin C dari Shaklee. Rasanya yg agak masam2 citrus. Q sangat suka, sekali bagi nak berkali. Sampai 3-4 biji sekali makan (ingat gula2 ke apa kot). Tapi klo dah dia nak Alhamdulillah la. Asal mudah makan, hati mummy pon senang.

Chewable Vita-C Shaklee

p/s: Sekadar ingin berkongsi pengalaman.

Thursday, July 28, 2011

Sekadar Ingin Berkongsi Kisah

Pagi ni seperti biasa aku check emel dan segala mak datok spam yg nak kena clean. Pehtu terbaca 1 emel dari seorang rakan. Mula macam malas nk baca. Just buka and kalau tak best nak delete jugak la. Tetiba plak macam 1 entry dengan 1 wedding pic. Tak mau cerita banyak, nak korang baca sendiri. Sebab aku tak tahan air mata bila baca kisah seorang hamba Allah ni. Diri bermuhasabah dan insaf dengan setiap dugaan Allah. Sesungguhnya diri ini perlu sentiasa bersyukur dengan setiap dugaan yang diberikan.
__________________________________________________________

Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.
Dihari bahgia Norma & Talib


Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal.

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.


Rafiq - Permata hati Norma dan Talib


Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan *


Norma di hospital, jauh beza ketika sihat :(


I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali
Since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan.
Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...

Bersama anakandanya Rafiq


Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.
Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)

Kekasih hati yang sentiasa disisi


Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang.

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon.
Sila lah panjang-panjang kan di FB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget