Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Aku Masih Penyokong Tegar ASI

Bila dah stat ber-blog, memang kerjenya nak meng-update je la kan? Time update mestilah tengah2 malam tatkala 2 hero genius saya sedang lena di buai air-cond. Haha.

Just nak sharing mengenai apa yang aku praktikkan pada anak kedua ni. As usual, aku memang penyokong tegar ASI (Air Susu Ibu/ Susu Ibu). Sangat tegar sehinggakan aku tak sedar yang aku dah berjaya Bf Qaef sehingga 2 tahun. Alhamdulillah, rezki Allah utk Qaef dapat titisan emas ni. So utk Qashaf, konsep yang sama aku praktikan, cuma kali ni aku dapat bonus dimana Qashaf dapat combine botol dgn mudah. Wehooo.... memang lega la. Ikot pengalaman Qaef smp sekarang la no bottle at all & formula pon hampeh dia tak. Baru betul fully bf namanya. Ahaks~

Oleh kerana Qashaf boleh combine botol & direct feed, so bila balik kampung ja sakan la aku tinggalkan dia dengan tenang ja. Alahamdulillah rezki Qashaf murah, stok ebm pon banyak dan cukup terlebih2. Hopefully misi untuk Qashaf pon akan mencapai 2 tahun. InsyaAllah.

Ops! Ni je pic yg ada. Yg sblah tu jus Qaseh yg aku amalkan utk tenaga. Alhamdulillah.

Tuesday, October 16, 2012

Refresh: Kelebihan Susu Ibu dan Fadhilat Menysukan Anak

Teringat masa mengandung anak pertama dulu, boleh dikatakan setiap hari aku akan buat research mengenai 'susu ibu vs susu formula'. Dari bahan bacaan, forum, fb group sampai lah video-video yang berkaitan dengan dunia susu ibu ni. Boleh dikatakan tak pernah jemu nak menimba segala jenis kebaikan yang ada pada 'susu ajaib' ni. Bila dah pandai menyusukan anak, seronok pulak bila dapat berkongsi pengalaman, ilmu dan secara tak lansung aku suka sangat mengggalakkan rakan-rakan dan saudara mara untuk cenderung ke arah penyusuan secara esklusif. Alahamdulillah ada berjaya dan ada juga masih mencuba sedaya mungkin. Ini semua bergantung pada rezki Allah yang telah ditetapkan untuk kita dan anak kita :)

Bila kita dah ada niat dan kesungguhan nak menyusukan bayi kita secara ekslusif banyak sebenarnya dugaan dan cabaran dari unsur-unsur luar dan dalam. Tak terkecuali juga ada yang menyindir bila tengok anak dah besar pun masih breastfeed lagi. Apa yang aku buat, aku kuatkan hati dan pekakkan telinga, malah masih boleh tersenyum lagi pada orang yang menyindir hehe... Yang penting suami tercinta sentiasa memberi semangat dan sokongan yang amat jitu, sehingga aku sendiri berjaya menyusukan anakanda Q secara ekslusif sehingga umurnya 2 tahun 3 bulan (tanpa mencampurkan susu formula).

Di sini aku nak kongsi sedikit satu artikel yang menerangkan kepada kita (ibu-ibu) mengenai 'Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu, Bukti Kebenaran al-Quran' yang aku ambil dari blog: http://hasnulhadiahmad.com

Sekadar ingin berkongsi ilmu untuk ibu-ibu diluar sana dan refresh pengetahuan untuk diri sendiri :)


“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.

Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.

Manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.

Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.

Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.

Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

Wallahu’alam….

Wednesday, May 04, 2011

Bulan ke-14 Penyusuan

Hari ni sambil melenggang kangkung di ofis, jauh berlenggang dari 1 blog ke 1 blog. Niat asal nak cari blouse untuk nursing. Tapi terjumpa plak blog2 tentang breastfeeding (BF). Sejak akhir2 ni aku suka sangat masuk ke blog2 dan forum yang di mana ibu2 berkongsi mengenai pengalaman BF dorang. Tidak ketinggalan jugak update dari Kumpulan Ibu Menyusukan (KIM) di Facebook. Seronok rasanya bila mengetahui ramai juga ibu2 yang baru deliver baby berniat untuk fully BF baby diorang hingga 2 tahun (semoga rezki anak2 diorang sentiasa di panjangkan oleh Allah, amin).

Bila di kenang2, hampir 14 bulan aku BF-kan Q secara eksklusif. Bukan sesuatu yang mudah, bila dikenangkan cabaran masa mula2 BF dulu. Ada yang menyokong, malah tidak ketinggalan ada juga yang pelik, membantah, meruntuhkan semangat dan macam2 lagi. Tapi aku tetap bersyukur kerana suami tercinta sangat menyokong niat suci murni aku ni, Alhamdulillah. Bila dikenang masalah yang pernah aku alami masa bulan2 awal BF sangat la sukar. Maklomla pengalaman pertama. Sebab tu ada nekad dalam hati, kalau ada rezki untuk 2nd baby, nak aku BF kan anak aku dengan terBEST. Sebab dah belajar dari pengalaman sebelum ni. Aku juga bersyukur kerana aku mempunyai kesedaran dan ilmu dalam BF sejak dari awal kehamilan lagi. Itu pon bila tersentuh dengan pertanyaan seorang rakan, "nanti dh deliver, nak BF ke bagi FM kat baby". 'BF', 'FM'? Apa tu? Memang buta time tu mengenai short form dalam BF world ni. Bila dah hari2 buat research, tertanya semanagat aku kian memuncak untuk BF-kan Q sehingga umurnya 2 tahun (InsyaAllah). Aku mempunyai lagi 10 bulan untuk melengakapkan perjalanan penyusuan aku untuk anakanda Q. Mudah2an Allah murahkan rezki Q juga.

Ada juga yang terkejut bila aku menyatakan yang aku masih lagi BF-kan hingga kini. Bagi diorang, ibu2 moden mana suka nak BF kan anak. Bukan orang kampung zaman dulu. Ternyata pemikiran sebegini harus di buang jauh2. Ternyata zaman sekarang boleh di katakan menyusukan anak telah menjadi satu trend untuk ibu2 yang berpengetahuan mengenai dunia penyusuan ini. Aku sendiri bangga, bila mengenali ibu2 seperti mereka. Mereka ini bukan dikalangan ibu di kampung2, malah kebanyakkan tinggal di ibu kota. Sehinggakan mereka sering mengadakan gathering sesama mereka (teringain nak join).

Ada juga yang bertanya, "macam mana kerja dengan menyusu, boleh ke?". Zaman sekarang macam2 tools yang dijual untuk penyusuan. Perkara dah makin mudah. Cuma atas kesedaran diri sendiri je. Macam Q sekarang ni langsung dah tak menggunakan botol susu. Semua botol2 susu dah aku simpan dalam kotak. Sekarang aku hanya mengggunakan slippy cup untuk Q. Itu pun bekalan air masak untuk dia. Tapi aku besyukur kerana sepanjang tempoh meyusukan Q, Allah sentiasa memudahkan kami berdua. Semoga niat murni aku ni sentiasa diberkati Allah.

Gambar sewaktu Q berusia 5 bulan
(Menyusu dia mana2, tidak menjadi masalah untuk para ibu seperti aku)

Sunday, November 14, 2010

Kebaikan Susu Ibu untuk Anak Anda

SUSU IBU KHASIATNYA TIDAK TERNILAI

KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.
Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi.
Rujukan: www.sabah.org.my

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget