Tuesday, July 05, 2011

Pap Smear tidak menyakitkan!

Selasa minggu lepas di klinik desa berhampiran rumah aku ada buat hari terbuka ujian pap smear untuk semua wanita terutamanya yang sudah berumahtangga. Aku juga tidak ketinggalan untuk menjalankan ujian tersebut. Walaupun pada mulanya ada rasa takut tapi aku memberanikan diri. Oleh kerana pada hari terbuka tersebut sambutan kurang menggalakkan, ingin aku berkongsi di sini serba sedikit tentang ujian pap smear. Kesedaran untuk membuat ujian ini sudah lama terbuku kerana rasa takut dalam diri. Namun demi kesihatan diri, aku merelakannya juga. Berikut merupakan persoalan yang sering bermain difikiran aku sebelum melakukan ujian ini.


Apa itu ujian pap smear?
Ujian yang dilakukan kepada golongan wanita yang sudah melalui hubungan seksual terutamanya bagi mereka yang sudah berkahwin dan pernah melahirkan anak.

Tujuannya?
Untuk mengesan sekiranya terdapat kehadiran kuman/ kulat/ bakteria pada pangkal rahim anda. Sekiranya terdapat kuman, ianya boleh terdedah kepada berlakunya kansel pangkal rahim/ ovarian cancer (pembunuh kedua wanita) jika tidak dirawat. Sekiranya kuman tersebut dapat dikesan pada peringkat awal (melalui ujian pap smear), ini berkemungkinan anda dapat diselamatkan dari kansel pangkal rahim.

Cara rawatan dijalankan?
Dengan memasukkan alat seperti paruh itik (spatula) ke dalam laluan rahim (melalui faraj), tujuannya untuk mendapatkan sedikit tisu pada pangkal rahim bagi menjalankan ujian sekiranya ada terdapat kuman pada rahim anda.

Sakit tak?
Secara jujurnya ujian ini lansung tidak sakit cuma ada sedikit rasa tidak selesa.

Berapa lama untuk setiap ujian?
Kurang dari 2 minit.

Bila masa yang sesuai untuk ujian pap smear?
Untuk wanita yang pernah melahirkan, sebaiknya 3 atau 4 bulan sepelas melahirkan.

Berapa kali dalam setahun?
Hanya 1 kali dalam setahun, selama 3 tahun berturut-turut. Sekiranya tiada jangkitan pada pangkal rahim, anda boleh berehat dari menjalani ujian untuk 2 tahun dan menyambung semula ujian untuk tahun berikutnya. Sekiranya pangkal rahim anda mengandungi kuman, anda perlu repeat semula setiap 6 bulan (ubat dan rawatan akan diberikan).

Sumber google


Tips sebelum menjalani ujian:
1. Elakkan dari hubungan intim dengan suami, 1 atau 2 hari sebelum anda menjalankan ujian.
2. Selepas 10 hari kering haid.
3. Pakai kain/ baju kurung ketika hendak menjalankan ujian (senang untuk diselak... hihi)

Adakah perlu mandi wajib selepas menjalani ujian?
Selepas ujian pap smear wanita akan keluar mani, maka perlu mandi wajib. Sekiranya tidak keluar mani, tak perlu mandi wajib. Bagaimanpun ujian pap smear membatalkan puasa.

Peralatan yang digunakan (sumber google)


So, macam mana? Masih takut-takut lagi untuk ujian pap smear? Jujurnya aku nyatakan di sini ujian ini tidak menyakitkan. Semua persoalan telah terjawab, kerana aku dulu juga seperti wanita lain, takot/ sakit/ tak nak.
Ujian peringkat awal lebih baik. Ini kerana ramai wanita yang tahu mereka terkena kanser rahim bila sudah berada di tahap merbahaya (stage 4). Wahai wanita sedarlah, beranikan diri dan berikan sedikit masa untuk diri anda menjalani ujian pap smear ini. InsyaAllah dengan izin Allah, kita akan dilindungi.

No comments:

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget