Sunday, June 12, 2011

Recipe: Kuih Sagu Mata Ikan

Kali ni nak kongsi resipi kuih. Kuih ni dah lama teringin nak buat, tapi baru semalam dapat buat dengan sempurnanya. Kuih ni salah satu kuih febret aku terutamanya time bulan puasa. So, untuk anda di luar sana, jom try. Mudah sesangat - Kuih sagu mata ikan.


Bahan-bahan:
2 cawan sagu (Rendamkan dahulu selama setengah jam)
3 cawan air
1 cawan gula (boleh kurangkan sedikit bagi yang tak suka manis)
Sedikit perisa sirap rose
Kepala parut putih(50 sen)-Gaul dengan secubit garam

Cara-cara:
1. Didihkan air bersama gula dan perisa sirap rose,
2. Masukkan sagu,
3. Gaul sehingga sagu kelihatan jernih dan betul-betul masak,
4. Setelah masak tuangkan ke dalam loyang,
5. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk,
6. Apabila sejuk, potong dan gaul bersama kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam,
7. Boleh dihidangan untuk minum pagi atau petang.


Mudah bukan, selamat mencuba!

No comments:

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget