Bila kita dah ada niat dan kesungguhan nak menyusukan bayi kita secara ekslusif banyak sebenarnya dugaan dan cabaran dari unsur-unsur luar dan dalam. Tak terkecuali juga ada yang menyindir bila tengok anak dah besar pun masih breastfeed lagi. Apa yang aku buat, aku kuatkan hati dan pekakkan telinga, malah masih boleh tersenyum lagi pada orang yang menyindir hehe... Yang penting suami tercinta sentiasa memberi semangat dan sokongan yang amat jitu, sehingga aku sendiri berjaya menyusukan anakanda Q secara ekslusif sehingga umurnya 2 tahun 3 bulan (tanpa mencampurkan susu formula).
Di sini aku nak kongsi sedikit satu artikel yang menerangkan kepada kita (ibu-ibu) mengenai 'Penemuan Saintifik Mengenai Susu Ibu, Bukti Kebenaran al-Quran' yang aku ambil dari blog: http://hasnulhadiahmad.com
Sekadar ingin berkongsi ilmu untuk ibu-ibu diluar sana dan refresh pengetahuan untuk diri sendiri :)
“Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;
(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu;
dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua
ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural.
Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia
sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu
formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta
hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada
masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga,
alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga
menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Kajian terbaru yang dijalankan oleh
Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti
Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat
kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac
(alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu,
yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
Manusia berusaha untuk mencari cara
melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain,
namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk
melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh
James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu
ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan
hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang
dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang
ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran
menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya
selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada
kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan
kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun
berabat yang lalu.
Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
Akan merembeskan sejenis oksitosin
dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan
rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga
500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga
mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari
dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:
Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi
secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh
botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila
masa.
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk
keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia
mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak
dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk
diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia
mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan
kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa
besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa
demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.
Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233
yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak:
1. Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah
Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan
khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur
kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala
seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
2 comments:
Salam Sis, Thanks for great info..mohon share ye.
Salam sis
Info yang menarik... thanks for sharing. saya pun suka kongsikan kebaikan susu ibu dalam page saya, moga ia bermanfaat untuk orang lain.. Harap awak tak kisah, kalau saya sharekan apa yang ada dlm blog ini..
Thanks..
Post a Comment