Wednesday, April 20, 2011

Buku oh buku!

Bila Q dah semakin membesar, seperti ibu2 yang lain. Pasti nak lakukan yang terbaik untuk anak2. Kalau boleh apa saja yang termampu nak saja diberikan untuk si kecilku itu. Makan, pakai, pendidikan dan persekitaran yang baik itu sangat penting untuk perkembangan mindanya. Bila cakap mengenai pendidikan, aku sgt tertarik dengan cara orang barat yang memberikan pendidikan kepada anak2 mereka seawal 3 bulan pertama lagi. Tapi kalau diikutkan pendidikan awal kanak2 ni harus bermula sejak dari dalam kandungan lagi. Macam masa aku mengandungkan Q dulu, aku selalu amalkan membaca bahan2 ilmiah, al-Quran, Zikir dan kalau ada masa terluang aku akan bermain kuiz atau sudoku (buku yg harus ada dlm handbag time preggy dulu). Aku juga elakkn diri dari membaca bahan2 hiburan, tapi kadang2 terbaca jugak. Hehe.

Masa Q seawal 4 bulan aku juga dah mula memberikan pengenalan mengenai bahan2 bacaan. Aku mulakan dengan mengenalkan Q dengan flash card. Alhamdullilah walaupon time tu tak ada respon, tapi Q nampak fokus bila diimbaskn kad2 abc untuk-nya. Aku juga selalu memperdengarkan Q lagu2 kanak2 dan juga zikir sebelum tidur. Alhamdulillah anakku senang tidur dengan alunan zikir dari aku sendiri, terutamanya ketika menyusukan. Ada juga yang pernah menegur, "awalnya ajar anak membaca". Ada juga yang berkata, "kau biar betol?". Haha... lucu juga. Tapi tak salahkan kalau awal.

Walaupun masa aku bersama Q amat terhad, namun aku cuba memberikan yang terbaik dan semampu untukknya. Cemburu juga dengan suri rumah sepenuh masa yang dapat meluangkan masa sehari suntuk dengan anak2 meraka. Tapi apakan daya, inilah namanya pengorbanan. Aku cuba meluangankan masa untuk mengajar Q, pada pagi sebelum ke tempat kerja dan waktu malam sebelum tidurkan Q. Biarlah sekejap, asal kerap. Q juga sangat suka bila tunjukkn buku padanya, Dia akan tarik dan selak2 bukun2ya, ada juga yang sampai terkoyak dibuatnya.

Selain itu aku juga sekiranya singgah ke kedai buku, pasti aku akan mencari sesuatu untuk bacaan Q. Aku juga ada membeli buku bacaan dalam bahasa cina untuk Q. Kerna aku mengimpikan untuk menghantar Q ke tadika dan sekolah jenis kebangsaan cina bila dia besar kelak (semoga impian aku tercapai). Bukan apa, kerana tok papanya berbangsa Cina dan kami sebagai anak2nya tidak pernah diajar bertutur bahasa Cina. Sebab itu aku mahu Q mewarisi bahasa tok papanya. Lagi pon tak salah kalau belajar lebih dari 2 bahasa.

Semoga harapan dan impian aku dan suami tercapai dalam menjadikan Q anak yang cerdik, pintar, soleh dan mudah menerima ada yang ditunjuk ajar kepadanya. InsyaAllah jika ada kesungguhan dan usaha dari kita sebagai ibu bapa, pasti ada jalanya. Yang penting diri ini perlu rajin dan bersabar. Aku juga bersyukur kerana sampai ke saat ni aku masih mampu menyusukan Q. Semoga Allah memberikan rezki untuk Q sehingga umurnya 2 tahun. InsyaAllah.


Q mini library


Q mini library


Disney Magic English Dvd (his fav!)


Baby's big book - b'day present frm Untie Shuza

1 comment:

Unknown said...

yg tu set grollier ke ? set buku ..
aku minat kat set grollier tu, tp mahal sgt ler .. :( ! nmpak kemas je mini library tu .. klu le anak aku, bersepah dahh

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget