Thursday, April 21, 2011
Suppliment Shaklee
Setelah membaca testi dari seorang rakan, hati ini berdetik untuk turut mencuba supplement yang bernama shaklee ini. Bukan apa rakan aku tu breastfeeding mom macam aku jugak. Bila terbaca testi yang amat positif darinya, aku tertarik lah untuk mencuba, Sebab sejak kebelakangan ni Q sangat kuat mimik (menyusu). Lagi2 time aku cuti, nak je dia menempeng ngan aku 24 jam. Keja nk bergayut je (10 min sekali mula la main selak2). Lagi pon bila bekerja ni, kadang2 pemakanan tak menentu, lagi pulak aku jarang memasak di rumah, melainkan cuti hujung minggu. So, susu untuk Q tu alhamdullilah cukup tapi dari segi khasiatnya tak menentu sebab makan pon tak menentu. Risau gak kan?
Hari ni masuk hari ke-5 aku mengambil shaklee. Alhamdulillah ada perubahan. Terasa susu-ku sentiasa penuh. Q pon bila diberi mimik, dalam masa 10 minit je dia terus terlena. Badan pon terasa segar dan pembuangan ehem2 bertambah2 lancar. InsyaAllah sekiranya produk ni serasi dengan aku, aku berhajat nak beli set yang full pack untuk breastfeeding. Kerana sekarang ni aku beli yang trial set je. So untuk ibu2, yang mahukan susu yang 'kualiti dan kuantiti', cubalah shakle. Kita hanya berusaha, mudah2an rezki Allah untuk anak-ku sentiasa berpanjangan.
Labels:
Sharing Untuk Ibu-Ibu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment