Tuesday, March 29, 2011

Hukum Solat Sambil Mendukung Bayi/ Anak Kecil

Hari ni winzpink telintas nak berkongsi dengan parents semua mengenai hukum solat sambil mendukung bayi/anak kecil. Ini kerana winzpink pernah mengalami masalah untuk solat semasa menjaga Q di rumah, terutamanya ketika bersendirian berdua bersama Q. Maklomlah Q kalau bermain bukan boleh ditingalkan sendirian, pantang lepa tinggal sekejap mesti dia nangis kalau tak ada orang lain disekeliling dia. Sebab itu pada mulanya winzpink hanya berkesempatan untuk solat ketika Q tidur. Kalu tidak pon winzpink mintak suami balik sekejap untuk tengokkan Q.

Sumber dari Mr.Google
Memang rasa susah jugak. Sehinggalah winzpink terlintas untuk mencari sumber dan dalil2 mengenai bolehkah solat sambil mendukung anak dan apakah hukum sekiranya kita solat sambil dukung anak? Dengan itu winzpink terbaca 1 artikel dari 1 blog dan rasa lega bila membacanya. Sesungguhnya Islam itu mudah dan Allah sentiasa menyediakan sesuatu perkara itu tanpa membebani hamba2NYA. Alhamdulillah. Jom kita baca dalil2 atau perkara yang menyokong perbuatan ini. Semoga kita sama2 mendapat manfaat. InsyaAllah.

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1- Pergerakan yang sedikit seperti mendukung anak di dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang, sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam terhadap Umamah binti Zainab, seperti tercatat dalam hadis Bukhari (no: 494) dan Muslim (no: 543).

2- Tetapi pergerakan sehingga berjalan beberapa meter ke arah kanan atau kiri (seperti di dalam video tersebut) adalah membatalkan sembahyang. Kerana pergerakan tersebut menjejaskan syarat sah sembahyang iaitu menghadap qiblat.

3- Ulama telah berijmak bahawa menghadap qiblat dalam solat fardhu adalah syarat sembahyang (atau rukun menurut setengah ulama), dan jika sengaja menghadap ke kanan atau ke kiri maka batal sembahyang. (Badai' al-Sanai' 1/301).


Firman Allah:

فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

Maksudnya: "Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya". (Al-Baqarah: 144)

Kata Ibn Katsir: Dalam ayat ini terdapat perintah supaya menghadap ke Kaabah dari segala penjuru bumi, samada Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tidak dikecualikan daripada perintah ini melainkan dalam sembahyang fardhu ketika musafir. (Tafsir Ibn Katsir 1/460).

No comments:

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget