Monday, March 28, 2011

Bila Bayi Saya Boleh Diberikan Cheese/Keju?

Sumber dari Mr. Google
Cheese atau keju biasanya boleh diberikan pada bayi anda yang berumur 8-10 bulan dan tidak mempunyai apa2 jenis arlegi. Sekiranya bayi anda mempunyai tanda2 arlegi (selain dari protein susu atau laktosa) anda perlu menunggu sehingga bayi anda mencapai tahap usia yang sesuai untuk diberikan keju (sekurang2nya umur 1 atau 2 tahun). Seperti biasa, sekiranya anda ingin memperkenalkan keju kepada bayi anda, pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum memberikannya kepada bayi anda. Macam winzpink, mula memberikan keju kepada Q semasa usianya 10 bulan. Bila bagi dia makan sekeping dan tengok tak ada apa2 masalah dari segi arlegi atau sistem pembuangan najisnya. So winzpink kerap juga memberikan keju untuk Q. Ini kerana Q amat gemar memakan keju.
Q love cheese
Keju sangat baik untuk bayi anda kerana ianya mengandungi kalsium, lemak "baik" dan juga protein. Anda juga boleh cuba memperkenalkan keju slice ataupun dalam bentuk jejari untuk bayi comel anda.
Sumber dari Mr. Google
Sekiranya bayi anda tidak gemar memakan keju secara mentah, anda bolehlah variasikan menu bayi anda dengan mencampurkan keju di dalam menu harianya. Sebagai contoh: Masak puree atau sayuran lain dan campurkan bersama keju. Atau anda juga boleh mencampurkan keju dalam bubur nasi bayi anda. Winzpink selalu juga memberikan Q keju yang diletakkan di atas kepingan roti dan bakar dalam oven. Sangat enak, bukan saja Q mengemarinya, malah kita yang dewasa juga pasti menyukainya.

Sumber dari Mr. Google

Sekiranya bayi anda gemar memakan keju secara mentah, potong keju kecil2 dan berikan sebagai kudapan atau snek untuk si comel anda. Pasti seronok bila melihat si kecil anda menyuap sneknya sendiri (pastikan anda mencuci tangannya dulu, sebelum makan). Semoga info ini memberikan manfaat kepada anda dan bayi anda ;)

4 comments:

antzgirl said...

ensemnya abby mkn chessee.. bak mai sket kt maklang..

winzpink said...

Abby mmg sentiasa encem. Hiks

cuyis said...

macam...........

winzpink said...

Daddy time kecik. Hehe

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget