Saturday, February 26, 2011

Sihat: Hula Hoop

Apakah itu hula hoop? Klo cakap pasai hula hoop, mesti teringatkan zaman sekolah rendah dulu. Dalam subjek PJK, cikgu ada ajar cara nak main hula hoop. Malah banyak jugak aktiviti sukan semasa sekolah rendah dulu menggunakan peralatan hula hoop.
Tapi, tahukan anda bahawa hula hoop juga salah satu jenis senaman. Malah ianya juga sgt menyihatkan. Byk kebaikan yang boleh kita perolehi dengan hanya bermain hula hoop di rumah. Winzpink jugak ada 1 gelung di rumah. Bila bangun pagi sambil tgk tv atau sambil melayan Q bermain, winzpink ambil juga kesempatan utk berhula hoop. 1/2jam bermain pon boleh mengeluarkan peluh yang byk. Jom kita baca antara kebaikan yg ada pada hula hoop ;)


Adakah Hula Hoop sejenis senaman?
Ya, hula hoop adalah salah satu jenis sanaman dan ianya bermula dari masyarakat Egypt dan Greek lagi. Mengikut kajian dari American Council on Exercise, hula hoop boleh membakar sehingga 200 kalori jika anda berhula hoop selama 1/2 jam.
Hula hoop boleh dikategorikan sebagai senam-robic yang boleh menyihat dan membentuk badan. Ada yang memandang rendah permainan hula hoop ini, akan tetapi jika anda tahu mengenai kebaikannya, tentu anda seronok dan mempunyai cara yg kreatif untuk menurunkan berat badan dengan hanya berhula hoop.
Sesuatu yang menarik menyenai hula hoop ini. Jika kita rajin menggunakannya sebagai satu senaman harian, ianya mampu membentuk perut, pinggang dan pinggul kepada bentuk yang lebih menarik.
So apa tunggu lg. Winzpink dh ada 1 di rumah. Anda pula mesti cuba.

No comments:

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget