Bila terbaca artikel ini dalam satu blog, winzpink teringat semasa baru lepas bersalin 11 bulan lepas. Q ada terkena sedikit jaundis/demam kuning, kita sebagai ibu baru kurang berpengalaman. Malah apa yg disarankan oleh orang tua2 kita ikut aja. Memang byk pantang larang dr org yg lebih lama. Tp kita sebagai ibu baru dan hidup di era serba moden harus mengkaji dan mengambil kira sejauh manakah petua dan pantang larang tersebut. Kalau baik untuk kesihatan, boleh di amalkan. Tp jika sebaliknya? Harus ikut atau makan hati? Hrumm...
Berbalik kepada topik utama. Masa Q kena jaundis ada saudara yang sarankan beri Q minum banyak air masak untuk turunkan/ kurangkan jaundis tersebut. Tapi apa yang winzpink baca, jika nak kurangkan jaundis kena beri susu ibu sekerap mungkin atau 2 jam sekali. Di sini winzpink nak share dengan momies mengenai bahaya dan keburukan memberi air masak pada bayi 6 bulan ke bawah anda. Jom baca!
Merencatkan
Amalan memberikan air masak kepada bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, malah boleh mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Ini kerana perutnya yang masih kecil dan belum matang untuk menerima air masak. Malah adalah sebaiknya perutnya yang kecil itu diisi dengan susu ibu yang penuh dengan khasiat dan nutrisi penting untuk tumbesaran bayi yang sewal 6 bulan pertama. Malah untuk pengetahuan momies air masak tidak mengandungi apa2 khasiat, kerana ia adalah semata2 air kosong.
Pencemaran
Kita juga mungkin tidak sedar, berkemungkinan sumber air tersebut mengandungi kuman, kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat. Samada dari sumber air tersebut atau bekas yang digunakan untuk mengisi air. Bayi mungkin akan terdedah kepada keracunan atau cirit-birit.
*Tahukah ibu: Susu ibu yang diberi kepada bayi secara direct dari breast tidak ada kemungkinan ianya dicemari dan susu ibu yang dipam/ perah mempunyai anti-baterial properties, di mana bakteria tidak mudah membiak di dalam susu ibu. Confirm selamat untuk bayi anda!
Menghakis
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. Dengan memberi susu ibu yang mengandungi build UPS protection boleh melindungi usus bayi dari kuman dan jangkitan. Sebab itu bayi yang breastfeeding mempunyai imuniti yang kuat.
Jaundis/ Demam Kuning
Bayi yang terkena jaundis yang diberikan air masak yang banyak (kononya untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan akal bayi tersebut. Untuk bayi yang berusia 5 minggu ke bawah, jika diberikan air masak yang banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badanya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik. Oleh itu susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis. Ubat mujarab untuk turunkan jaundis adalah dengan memberi susu ibu sekerap mungkin.
Winzpink merupakan salah satu ibu yang menyusukan bayi secara eksklusif (fully breast feeding), teori dari artikel ini memang benar. Di mana sepanjang tempoh dalam berpantang, Q langsung tidak pernah mengalami masalah kembung perut. Winzpink juga pura2 sibuk menyusukan Q sekiranya ada yang menyarankan untuk memberikan Q air masak yang kononnya cepat untuk mengurangan jaundis. Dalam susu ibu, kandungan air adalah 80%, oleh itu tidak perlu ditambah dengan air masak lagi. Dan mujurlah Q ketika itu tidak berminat jika diberikan air masak, malah ianya hanya beria2 minum jika hanya diberikan susu ibunya :)
No comments:
Post a Comment