Sunday, November 14, 2010

Tips membeku makanan bayi

Untuk ibu-ibu yang bekerja dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak makanan bayi anda setiap hari. Anda juga boleh memasak, kisar dan bekukan makanan bayi anda untuk di simpan sebagai stok harian untuk bayi anda.
Berapa lama cubes food boleh disimpan di dalam freezer atau refrigerator?
Food Cubes
Mengikut research yang dibuat ada yang mencadangan penyimpanan makanan bayi di dalam frezeer boleh bertahan sehinggan 3 bulan (maksimum).

Sekiranya anda menyimpan di dalam refrigerator, adalah disaranakan selama 48 jam untuk fresh puree (kumpulan keselamatan makanan juga mengatakan jika disimpan selama 72 jam juga masih selamat). Jangka masa penyimpanan ini disarankan untuk mengelakkan pembiakan bakteria dalam makanan. Pastikan anda tidak tidak menyimpan semula makanan yang dimakan dalam bekas yang sama. Ini adalah penting untuk makanan seperti sayuran, buah-buahan, daging etc. Sekiranya anda ingin menyimpanya semula, anda perlu mengambil jumlah yang ingin diberikan kepada bayi anda dan diletakkan ke dalam bekas yang berasingan dan bersih.
Sekiranya anda tidak bercadang untuk membekukan makanan bayi anda, winzpink mencadangan anda membuat puree untuk penyimpanan hari ke hari atau memasaknya setiap hari.
Pastikan ibu-ibu menggunakan bekas yang sesuai (lebih baik free BPA) untuk tujuan pembekuan dan selamat untuk microwave.

1 comment:

Unknown said...

Kat mana nak cari bekas makanan baby yg bertutup tu...jenama apa ek?
Short Bra - Demam Short Bra Premium Beautiful Berm...

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget