Sunday, November 14, 2010

Puree Buatan Ibu

Hi, ibu-ibu di luar sana. Adakah anda seorg ibu kepada bayi yg berumur 6 bulan atau hampir ke usia itu? Untuk ibu-ibu yg masih tercari-cari atau tertanya2 solid food yg sesuai untuk bayi anda, apa kata kalau anda mencuba puree sayuran/ buah-buahan untuk bayi anda.

Membuat puree adalah sangat mudah. Ibu-ibu hanya perlu merebus, biarkan sejuk, tosskan, kisar dan siap untuk dimakan oleh si comel tersayang :)
Hasilkan puree dan kisar makanan bayi anda mengikut kreativiti anda mengikut kesesuaian umur bayi anda. Jangan risau dan ragu2 untuk mencampurkan sweet potato dan epal misalnya. Anda juga boleh mencampurkannya dengan susu ibu, formula atau air bersama puree buatan anda sendiri. Menarik bukan?

Usia anak Winzpink kini sudah hampir 8 bulan dan Q kini hanya memakan makanan hasil masakan Winzpink sejak usianya 6 bulan hingga kini. Lebih seronok sebenarnya dapat memasak untuk Q. Jika kita boleh memasak kenapa perlu beli yang segera? Winzpink akan berkongsi dengan anda pelbagai resipi menarik untuk si comel anda.

No comments:

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget