Saturday, April 24, 2010

|Qaef Rizq Hidayat | : Nama Diberi

Salam kembali kepada semua,

Terasa lama benar aku tak meng'update' blog aku ni. Klo rumah sure dh bersawang lah gamaknya. Akibat alahan semasa hamil aku tak berapa gemar utk membuka blog ini. Bukan apa klo bukak je sure nak muntah dan loya ak dibuatnya. Begitulah alahan ibu hamil ni (mcm2 menda pelik pun leh jadi alahan). Tapi Alhamdulillah aku sabar dan tabah mengharungi semua itu selama 9 bulan.

Akhirnya...
Aku selamat juga melahirkan seorang bayi lelaki, pada tanggal 19 March 2010, bersamaan 3 Rabiul Akhir 1431 Hijrah, tepat pada pukul 7:10 PM di Pusat Perubatan An-Nisa'.

Ceritanya...
Pada hari Jumaat 19 March 2010, jam 7:30 am seperti biasa aku akan bangun setelah selesai menunaikan solat subuh. Terasa nak membuang air kecil (ibu hamil memang kerap membuang air). Pada ketika itu aku terlihat seperti ada tompokan darah, tapi aku masih cool dan terlintas di fikiran apakah tandanya itu? Adakah aku akan bersalin pada hari tersebut? Aku pon memberi tahu suami, dan dengan penuh 'cool' + mengantuk suamiku berkata "biarlah dulu, tunggu sampai pecah air ketuban dulu baru kita pi hospital". Dengan itu aku pun pura2 cool (walaupun jauh di sudut hari nervous jugak dibuatnya). Pada masa yang sama juga hati aku kuat mengatakan yang aku akan bersalin pada hari itu. Pagi tu seletah selesai buat sarapan dan makan bersama suami aku sempat 'on9' dan 'YM' dengan Shasha setelah suami keluar bekerja (aku dah mula bercuti menunggu hari). Jam menunjukkan pukul 9 am, dalam hati aku mengatakan "baik aku tidur, mana tau beranak hari ni boleh la simpan tenaga..hihi". Tidur punya tidur sampai lah pukul 12 tengahari baru aku tersedar. Sempat pulak aku bangun dan membuang air besar pulak. Lepas tu aku pon baring semula dengan rasa hati yang kurang sedap (asyik terfikir nak bersalin je). Aku pon melayan je perasaan tu. Tiba2... 'Puppp' (macam ada rasa meletup dari dalam). Dan aku rasa ada air yang meleleh. Aku apa lagi pantas bangun dari katil (pikir takot air tu basah kat katil ja). Aku terus panggil mama yg tengah leka tgk WHI-Tv3. Mama dengan kalutnya suruh aku salin baju dan sempat lagi aku mandi. Aku pon call suami dan suruh dia pulang cepat mungkin.

Selelah suami sampai kami terus bergegas ke hospital (Pusat Perubatan An-Nisa', KB). Kami sampai di hospital jam 1:30 pm. Aku terus di suruh masuk ke labor room utk periksa bukaan. Dokter pon masuk dan periksa baru 2 cm. Then di hantar ke wad dulu sementara menunggu bilik siap. Dalam pukul 2:30 pm aku dibenarkan masuk ke dalam bilik sempat aku menunaikan solat Zohor dan meminta suami belikan nasi ayamas + percik roster. Dalam keadaan kelaparan aku pon membelasah makan sampai kenyang (suami belikan sampai 2 set ayam utk aku..hihi). Semasa di ward aku diberikan ubat utk merasakan sakit melahirkan.

Dalam pukul 3:30 pm aku mula merasakan sakit sikit2 tp masih ok2 je. Dalam pukul 5 pm barulah sakit datang dalam keadaan kerap. Tapi aku masih ok lagi (rasa ngantok nak tidur pon ada). Tepat jam 6:30pm dokter datang periksa bukan dah pun sampai ke 7 cm. Terus dokter arahkan masuk labor room. Sampai labor room bukaan dah pon 9 cm. Dokter sempat suruh aku belajar untuk meneran. Di dalam labor room aku ditemani suami tersayang (memang aku nakkan suami masuk teman aku, klo tak aku cakap aku xkan beranak klo suami xteman aku). Dalam 3 kali push tak sampai 15 min, aku berjaya melahirkan bayi lelaki yang amat comel sekali. Subhanallah memang satu keajaiban yang terkata. Aku bersyukur kerana hanya 3 jam merasa sakit dan Allah memudahkan segalanaya. Aku turut bersyukur kerana Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik untuk hambaNYA yang sentiasa berusaha dan bersabar.

Bayi lelaki itu telah kami sepakat untuk menamakannya 'Qaef Rizq Hidayat Bin Suheilfazri'. Untuk anakku, aku akan berusaha memberi yang terbaik dan menjadi 'mummy' yang ter'best' untuknya. Untuk suamiku 'Suheilfazri Suhaimi, terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan dan kesabaranmu melayani segala karenah ku selama ni. Tidak ketinggalan untuk mama tersyg, terima kasih kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga membantu aku menjaga cucunya dan aku semasa pantang. I Love u all so much...

Qaef Rizq Hidayat, 2.7 kg, 7:10 pm

5 comments:

ery said...

tahniah... heheh...
dah sebulan baru bgtahu...
uhuhuh...

winzpink said...

haha...
xsempat nk post new tread la...
bz mem'bf'kn anak...hiks

Anonymous said...

good2...
teruskan bf baby yea...

winzpink said...

tq 4 ur full support :p

Emi said...

chumel..teringat masa dh lepas deliver, sebak hati ni--lebey2 nurse letak baby kat dada Emi..hati takleh nk berkata2 ..sgt seronok dan hiba..tahniah dpt baby..baby Emi dh 6 bulan lebey..:)

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget