Wednesday, April 28, 2010

40 Hari Berpantang

Salam,

Hari ni telah pon genap 40 hari winzpink berpantang (pantang hari dh tamat). Nanti sure akan merindui waktu2 berpantang ni. Ada yg cakap pentang orang bersalin ni amatlah menyiksakan. Tapi bagi winzpink, waktu2 berpantang ni amatlah mnyeronokkan. Yang seronoknya kita dilayan bagaikan putri dari bulan sabit. Makan ada yang masakkan, mandi rempah tiap hari, baby ada yang tolong jagakan (ibunya cuma menjadi pengeluar susu ja) dan mcm2 lagi lah. Yang paling best ialah badan ni dimajakan oleh mak bidan selama 7 hari berturut2. Tapi dalam keseronokkan tu yang tak bestnya terpaksa berjauhan dengan suami tercinta (maklomla suami terpaksa balik bekerja) dan makan kenalah tahan2 (sampai menyiur air liur tgk orang dalam rumah ni makan sedap2). Dugaan besar tu, nasib baik iman makan ni kuat. Hihi...

Walau apa pon bagi winzpink waktu berpantang ni adalah saat2 yang perlu dilalui dengan bersungguh2. Kerana waktu ini lah kita nak kembalikan kecegasan tubuh badan kita luar dan dalam. Zaman sekarang ni ramai ibu2 yang bersalin mengambil mudah segala pantang larang lepas besalin ni. Walaupun winzpink di hari ke-3 melahirkan dah sihat dan cergas, tapi tetap mengamalkan semua petua orang tua2. Apa yang mama cakap boleh buat/makan, winzpink buat, yang dilarang kena diam2 sudeh... hihi. Yang menariknya waktu berpantang ni la kita boleh mendapatkan balik berat badan kita sebelum mengandung. Maklomlah makan cuma buah2, sayur dan sup. Lagi pula tengah menyusu badan (bonus tuh). Itulah antara kebaikan susu ibu yang diberikan untuk baby.

Kalau mampu juga winzpink akan meneruskan berpantang hingga ke hari 60 atau pon lebih mampu winzpink berhasrat nak sambung berpantang hingga ke 100 hari. InsyaAllah. 40 hari tu dah lepas pantang hari, yang lain2 tu kenalah teruskan pantang makan. Apa pun winzpink amat bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang ni winzpink dan baby 'Q' sentiasa berada dalam keadaan sihat. Cuma di hari ke 40 ni winzpink terkena flu pulak. Terpaksa memakai 'mask' semasa menyusukan baby. Kepada semua ibu yang masih berpantang. Pantanglah dengan penuh bersungguh2 untuk kebaikan dan kesihatan badan di hari tua nanti.

Qaef Rizq Hidayat Dihari ke-40

No comments:

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget