Wednesday, December 02, 2009

Aidiladha & Cerita Nasi Kandaq

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang semua. Tak sempat nak bukak tread baru coz aku balik Penang beraya minggu lepas. Walaupun balik tanpa dirancang, ini kerana tujuan utama balik sebab nak melawat nenek mertua (from medan) yang sakit (kini berada di Penang). Alhamdulillah tengok keadaan nenek baik-baik aja. Raya korban tahun ni agak bermakna bagi aku kerana dengan rezki yang tak seberapa aku dapat jalankan ibadah korban untuk pertama kalinya (Mudah2an rezki baby bertambah2 hendaknya).

Lembu yang dah selamat dikorbankan

Selepas abeh settlekan korban lembu, aku & suami trus calo balik penang. Gumbiranya hati (dapat balik lagi). Hihi. Tak banyak aktiviti selama 3 hari dapat balik kerana banyak masa di abiskan untuk bersama nenek. Cuma yang paling best skali aku dapat menghilangkan rindu dendam kat Nasi Kandaq Penang (Penangrian febret food). Malam hari kedua tu kami berempat (aku, suami, kak ana & fauze) berusaha pi cari nasi kandaq yang femes kat Penang (Nasi Kandar Beratur since 1943-bersebelahan Masjid Kapitan Keling) , antara nasi kandaq yang terfemes kat Penang. Tapi memang kena lah dengan nama restoren tu, coz sampai ja depan kedai tu tekejut kami apabila melihat bertapa panjang dan ramainya penggemar nasi kandaq yang beratoq. Mau setengah jam jugaklah dapat turn selepas beratoq dengan panjangannya. Tapi bila dah dapat makan tu memang lah puas amat. So bagi orang penang/ bukan penang yang gila nasi kandaq bolehlah cuba untuk "Beratur".

Antara pic nasi kandaq yang kami pekena malam tu:-

Nasi Kandar Beratur sejak 1943 (Masjid Kapitan Keling)

Fauze antara yang berusaha beratoq untuk kami...cayalah!!!...hihi...
Ns Kandaq bealauk: Telur Sotong+Kubis+Telor Rebus = Syurrr abeh....

We Love To Eat Nasi Kandar

P/s: Walaupun sedap tapi Nasi Kandaq ni tak elok dipekenakan (dinikmati) selalu, skali skala nak lepaihkan rindu dendam boleh la. Hiks.... (*Pesanan untuk diri sendiri dan orang sekeliling)

3 comments:

nangka said...

BTOL TUH.. JGN PEKENA TERUI LA CAM TUH

winzpink said...

klo xpekena teroi...
xpenang la nama dia...
org png mn leh dipisahkan dr ns kandaq....
hahahaha...

cik jelly BERTUAH said...

oho , pena mkn snie gak , sedap :D

thanks for visiting ,

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget