Friday, March 08, 2019

Tips Pulihkan Rambut Gugur

Setiap kali cuci rambut, sikat rambut dan bangun pagi mesti seram. Seram untuk mereka yang alami masalah keguguran rambut yang teruk! Itu lah yang aku pernah alami. Masalah keguguran rambut ni aku alami selepas bersalin Orked (perubahan hormon mungkin). Tapi masalah ni berlarutan sehinggalah tahun ni (4 tahun dah kot). Makin lama makin nipis rambut yang tebal ni. Aduhhhh... stress....

Sampai la dah tak tahan sangat, fikir rambut gugur pon dah stress. Bertambah la lagi gugur kalau dah stress. Mana taknya, sekali cuci; sampai segemgam rambut bergumpal di lubang bilik air. Mula-mula aku biar sebab fikir hormon. Tapi dah melarat-larat, tak boleh jadi dah ni.

So aku pon search la beberapa produk yang boleh membantu permasalan ni. Nak gunakan produk ni kena ikut kesesuaikan kita. tak semestinya kena beli set.Tengok juga pada keperluan diri kita. Dan aku pilih untuk rawat luaran dulu. Maka dengan itu aku beli produk penjagaan rambut dari Forever Living. Aku start dengan guna Jojoba shampoo, Jojoba conditioner & Aloe First spary. Ketiga-tiga produk ini berfungsi untuk merawat dan menjaga kulit kepala dan rambut. Aku konsisten cuci rambut setiap hari (kalau tak cuci setiap hari lagi banyak akan gugur) dengan tiga item ini dulu. Selepas 2 minggu penggunaan aku nampak hasilnya agak ok. Dimana rambut aku mula gugur, tak banyak macam sebelum ni. 

Selepas sebulan aku guna barulah aku start dengan merawat dalam pula. Di mana aku decide untuk mencuba suppliment Zinc Plus dari Shaklee. Ini pun selepas aku buat beberapa research dan tengok review dari pengguna lain. Sebab suppliment untuk kuku, rambut dan tulang ini banyak jenis. So aku decide untuk consume Zinc Plus dulu. Sekarang ni dah dua minggu aku amal Zinc Plus dan Alhamdulillah aku dapat rasa perubahan. Terutama bila cuci dan sikat rambut. Rambut dah taj banyak gugur dah.

Yang penting kena konsisten dan jangan malas dan banyakkan minum air kosong secukupnya.



3 item ini aku pakai secara konsisten selama 2 minggu:
1. Aloe Jojoba Shampoo (Forever Living)
2.  Aloe Jojoba Conditioner (Forever Living)
3. 2.  Aloe First (Forever Living)
4. Zinc Plus (Shaklee)
Sebab-sebab keguguran rambut:
1. Stress
2. Cara Pemakanan
3. Penggunaan shampoo yang kurang sesuai
4. Kekurangan vitamin dalam badan
5. Perubahan hormon


Love To Share,
Winzpink



1 comment:

Ana said...

Ohh ingatkan rawatan luaran je yg penting. Rupanya rawatan dalamanan pun perlu juga. Tak sabar nak cuba :)

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget