Thursday, May 05, 2011

Merangsang Penggunaan Otak Kanan Kanak-kanak

Bila asyik membuat research mengenai bahan bacaan yang sesuai untuk Q, aku terjumpa pulak aritkel dari 1 blog ni. Sumber utama dari Harian Metro. Sangat menarik untuk di kongsi dengan para ibu bapa di luar sana. Beberapa tips yang diberikan, aku sudah praktikkan pada Q sebelum ni mengikut kadar kesesuian dengan usianya kini (1 tahun). Sebab tu ada yang sering mengatakan didikan awal kanak2 itu penting. So, untuk parents, jom baca dan selamat beramal. Hihi.

Merangsang Penggunaan Otak Kanan Kanak-kanak.

Ibu bapa sering mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat anak sendiri menjadi insan yang pandai. Satu teknik yang mula dipraktikkan di Malaysia adalah kaedah Shicida iaitu mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar masyarakat Jepun. Ini kerana otak kanan lebih efektif berbanding otak kiri, tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan ibu bapa termasuk:

1.) Ketika anak hendak tidur, bisikkan ke telinganya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayangkan mereka. Ketika hendak tidur atau dalam keadaan tidur ayam, otak kanan sedang bekerja manakala otak kiri tidur. Usah lakukan dalam keadaan marah kerana ia tidak akan menjadi.

2.) Gerak kerja tangan adalah hasil daripada otak kanan, jadi cuba ajar anak anda main tanah liat, cat air, melukis, gunting kertas dan seumpamanya.

3.) Kemudian, kemas bersama. Selain itu, cuba lukis gambar contohnya rama-rama dengan hanya sebelah badan, kemudian minta anak-anak sambung melukis mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi. Ini sekali gus dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

4.) Difahamkan, penggunaan kayu penyepit makanan boleh mengaktifkan kerja tangan, sekali gus membantu menggerakkan otak kanan.

5.) Jangan marah atau tengking anak sebab mereka boleh menyimpan semuanya dalam otak kiri. Jika ia dilakukan secara tidak sengaja, kembali semula pada cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

6.) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita itu.

7.) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka barangan berkenaan. Untuk permulaan, berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak itu seperti memberitahu warna atau bunyi.
Lama-kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Cuma, usah lakukan permainan itu dalam tempoh yang lama kerana ia mungkin membosankan, hanya lakukan selama setengah jam sehari.

1 comment:

siti khatijah abd majid said...

huh,, aku ada tertengking / marah kat Aiman hari ni.. ni semua angkarfa period hormon la ni.. huhu.. kena minta maaf dgn Aiman sebelum dia tidoq hari ni...

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget