Tuesday, March 22, 2011

Qaef Rizq Hidayat di Usia 365 Hari

"HAPPY BIRTHDAY"
~QAEF RIZQ HIDAYAT~

Baru2 ni winzpink melawat sorang kawan yang baru melahirkan anak kembar lelaki. Bila dengar cerita orang dapat baby baru rasa teringin pulak nak ada baby kecik lg. Maklom la baby sekarang ni dah masak setahun pon. Uhh... cepatnya masa berlalu, si cilik Q dh pon berusia setahun. Makin besar makin cerdik anak teruna tu. Alhamdullilah, sepanjang 365 hari anakanda tercinta berada dalam keadaan baik2 aja. Cuma target mummy & daddy nk tengok Q berjalan di hari yg ke-365 tidak kesampaian. Walaupon lasak tapi bab nk jalan masih takot2 lagi. Tak apa lah, masanya akan tiba.

Bila tiba hari yang ke-365, winzpink terkenang kembali saat2 nk melahirkan Q. Detik yang sgt membahgiakan untuk diri ini. Perjalanan mengandung, melahirkan dan membesarkan Q hingga kini sangat bermakna dan juga mencabar. Kini anakanda Q bertambah cerdik dan aktif. Penat jugak melayan kerenah si kenit tu.
Di hari yang ke-365 ni jugak, winzpink telah selamat meraikannya bersama family dan kwn2 terdekat. Maklomlah anak sulung, apa yang terbaik nak kita sediakan. Apa yang paling membahgiakan winzpink ialah dapat menyusukan Q secara eksklusif tanpa mengahadapi sebarang masalah. Alhamdullilah, syukur atas segala rezki dr Allah untuk Q. Tak sabar rasanya nak lengkapkan penyusuan lagi setahun. Semoga target winzpink tercapai.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan kelahiran Q, kasih sayang dalam keluarga ini bertambah erat. Rezki, kebahgiaan dan Rahmat dari Allah juga banyak memberi erti dalam rumahtangga yang telah dibina selama 2 tahun. Untuk Q, semoga anakanda akan menjadi anak yang Soleh di masa hadapan. Untuk suami tercinta terima kasih kerana memahami diri ini dalam urusan harian membesarkan anakanda tercinta.

2 comments:

Myramerry said...

happy birthday Q..semoga cepat2 jalan yea...member Q...amsyar pon blom pandai jalan lg...huhu

winzpink said...

TQ! Hihi. Itu la skang ni bru la dia rajin dok belatih berjln. Semoga dua2nye cpt 'dpt kaki'. hehe.

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget