Setelah berkahwin, sebagai seorg wanita banyak tangggungjawab yg harus dipikul. Kesabaran yang kuat harus ada dlm diri stp wanita yg bergelar isteri dan juga ibu. Winzpink juga begitu. Kadang-kala bila penat melayan kerenah si kecil Q dan menguruskan rumah tangga, rasa mcm nk hilang jugak kesabaran ni. Tp itulah namanya tanggungjawab. Bak kata seorg kawan tu 'dapat pahala FREE tanpa kita sedar'. Bila klik2 link dr blogger ke blogger ada terjumpa satu artikel ini. Mengenai 'pahala bagi wanita yg melahirkan, menguruskan dan menyusukan anak'. Sgt menarik ganjaran yg dijanjikan Allah itu. Semuanya nmpk mudah. Tapi kenapa kebanyakkan isteri2 zaman sekarang ni rasa susah dan terbeban?
Cthnya melahirkan dan menyusukan. Bukan nk kata melahirkan itu mudah, semuanya ada dugaan yang sgt menguji, kadangkala ada yg sampai meragut nyawa ibu/anak itu sendiri. Tapi semuanya ada hikmah. Tetapi masih ramai lagi golongan isteri di luar sana yang masih belum bersedia utk mengandung untuk melahirkan anak. Kononya alasan nk jaga body atau belum bersedia nak menjaga anak. Mcm menyusu, bagi Winzpink ibu yang dapat menyusukan anak sgt bertuah dan anak yg disusukn itu sndri adalah tuah. Rasa sejuk hati membaca pahala2 yg dijanjikan Allah. Tiada alasan kalau dihati kita ada keikhlasan kerana Allah. Sebab itulah 'syurga terletak di tepak kaki ibu':)
Jom kita baca!
1) Dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.
2) Wanita yg hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.
3) Wanita yg bersalin dpt pahala 70 tahun soat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah SWT bagi satu pahala haji.
4) Sekiranya wanita meninggal dunia dm masa 40 hari selepas bersalin, di kira mati syahid.
5) Wanita yg memberi minum susu badannya kpd anaknya akan dpt satu pahala dt tiap titik susu yg diberikannya.
6) Wanita yg memberi minum susu badannya kpd anaknya yg menangis, maka Allah SWT beri dia pahala satu tahun solat dan puasa.
7) Wanita yg menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.(Semoga murah rezki Xiao Q).
8) Seorang ibu yg menghabiskan masa malamnya dengan tidur yg x selesa, nyenyak kerana menjaga anaknya yg sakit, mendapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba.
9) Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan di ampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan bila die hiburkan hati anaknya, Allah SWT beri dia 12 tahun pahala ibadat.
1 comment:
subhanallah. huhu.
Post a Comment