Hidangan untuk seekor ayam (1 keluarga)
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar)
-5 ulas bawang besar
-3 ulas bawang merah (kecil)
-3 labu bawang putih
-Halia (besar ibu jari)
-Lengkuas (besar ibu jari)
-3 batang serai
Bahan B
-Seekor ayam
-5-10 biji ubi kentang
-Daun kunyit
-Daun pandan
-6 biji bunga lawang
-2 batang kulit kayu manis
-Tomato paste/puree (1/2 tin)
-Santan (1 kotak kecil)
-Sedikit air
-Gula & garam (utk perasa)
Cara-cara:
-Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau,
-Masukkan bunga lawang dan kayu manis
-Masukkan tomato paste/puree dalam anggaran 1/2 tin (agak2 kemerahannya),
-Masukkan santan,
-Masukkan sedikit air,
-Gula dan garam sebagai perasa,
-Masukkan daun kunyit dan daun pandan,
-Setelah rasa dah sebati bolehlah masukan ayam dan ubi kentang,
-Tunggu sehingga ayam betul2 masak dan kentang empuk, bolehlah dihidangkan. Pasti enak !
p/s: Resipi ini sesuai dimakan dengan nasi tomato atau nasi briani. Untuk resipi seterusnya, insyaAllah Winzpink akan berkongsi resipi nasi tomato pula :)
*Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment