Dikala entri ini ditulis aku kini telah pun pulang ke pangkuan suami tercinta. Hampir sebulan terpaksa meninggalkan suami seorang diri kerana pulang berpantang dengan Bonda tercinta. Alhamdulillah sepanjang berpantang, aku dan anankanda sentiasa sihat. Walaupun berat untuk meninggalkan kampung halaman namun semua itu harus ditolak tepi, kerana tempat isteri wajib disisi suami.
Hampir 2 minggu aku kembali ke 'home sweet home' dan sepanjang tempoh tu la aku amat sibuk sekali, mana nak layan si kecilku, mana nk mengemas rumah yang lama ditinggal, basuh baju dan lain2. Kesibukan itu amat aku terasa sekali, almaklumlah sebelum ini semua tu dibantu oleh mama, tapi kali ini semua ini harus aku harungi sendiri. Memang memcabar beb mulanya. Waktu kemas rumah pun kena curik2 masa, mana tidaknya waktu anakku tidur itulah waktu free aku untuk uruskan rumah. Yang bestnya malam aku dapat tidur awal dan mujurlah suami dengan rela hati bantu aku dodoikan Q sampai terlena kedua2nya. Hihi...
Walaupun pada awal 3 hari pertama pulang ke rumah semuanya aku terasa susah kerana perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan sesiapa, jiwa aku terasa amat dekat sekali dengan anakanda tercinta. Mana taknya 24 masa aku hanya dengan si kecil tersayang. Hingga rasa tak sanggup nak tingalkan walau sesaat. Kesibukan itu jugak membuatkan aku kadang kala terlepas pandang dengan suamiku (maafkan ayang ye bang). Syukurlah suamiku amat memahami dan sanggup curi2 pulang dari pejabat semata-mata untuk balik memasak makanan tengahari untuk aku.
Kini dah masuk hari ke-3 aku mula berkerja. Siapa yang jaga Q? Ramai yang tertanya2. Mulanya hendak dihantar ke rumah nenek saudara suamiku. Tapi bila memikirkan jarak rumahnya agak jauh, aku memujuk suami untuk membernarkan Q dibawa sekali ke pejabat. Alhamdulillah suamiku setuju. Sebenarnya tak sanggup aku nak tinggalkan Q dan tak sanggup rasanya nak berpisah dengannya walaupun untuk seketika. Lagi pun Q tak menggangu kerja kami berdua dia hanya tidur dan bangun untuk menyusu. Tapi bila dia dh besar sikit mungkin kena juga tingalkan dia dengan orang (ahhh...tak sanggup rasanya). Hmm waktu nak buka entri baru pun terpaksa curi2 tumpang Q tengah lena di sofa pejabat kena la siapkan kerja yang ada. Untuk Q akan aku cuba jadi ibu yang terbaik untuknya, bak kata seorang kawan "jadi ibu memang kalot, tapi jangan sampai gabra udah ler"... hihi.
No comments:
Post a Comment