Wah rasanya lama amat aku tak mem'blog'kan diri. Almaklom la tahap kesihatan sebelum ni yang membuatkan aku tak mampu untuk meneruskannya. Aku mengalami alahan kehamilan yang teruk sepanjang 4 bulan. Sampaikan nak mengUPDATE blog pon menjadi salah satu senarai alahan aku. Aku tak boleh nak bukak mana-mana URL febret aku kerana itu semua akan meloyakan aku (terok betoi). Alahan yang aku alami bertambah terok terutamanya di bulan Ramadhan lalu. Adehhhh...aku hanya mampu terbaring di katil tanpa boleh berbuat apa-apa. Sampaikan raya tahun ni pun aku dah tak seceria selalu (mandom ja-bak kata org Penang...kui3). Syukur Suami aku amat memahami dan sabar melayan kerenah aku yang terok ketika itu, dialah yang tabah menjaga aku siang dan malam (Tenkiu Abang...i Love U..hihi).
Dalam tempoh alahan tu jugak aku pernah sekali telah dia tahan di ward akibat kesihatan aku. Tapi Alhamdulillah Baby aku sentiasa sihat dan aktif bergolek-golek dalam rahimku ini. Setiap kali Baby aku di scan doktor dia sentiasa menunjukkan respon yang baik. Tak sabar rasanya nak tengok anakku lagi. Terasa rindu bila menanti saat anakku akan di scan lagi walaupun baru ja bulan lepas perot aku di scan.
Oleh kerana kadar alahan aku dah berkurangan dan bertambah baik boleh lah aku aktif semula mem'blog'kan diri.
Sekian dulu,
Wasalam
2 comments:
YEY..YEY.. WINZPINK DA ON9 BALIK...
WINDU LA KAT KAK WINZPINK.. HEHEH
Besa la mn2 info yg berguna & berkaitan tu kena la share dgn yg lain...
Post a Comment