Kini telah hampir 22 minggu aku membuyungkan diri (tu lah panggilan manja dr kawan2 aku saat perutku membuncit comel) hihi. Kini aku sudah merasakan tendangan manja dari dalam rahimku ni. Aduh begitu rupanya rasa bila bayi menendang. Sebelum ini bila nurse bertanya (ada tak rasa seperti gerak2?), aku tak tahu macam mana rasanya kalau di tendang hanya menjawab entahlah (tak tahu macam mana rasanya tu). Kini baru aku tahu rupanya itulah rasanya. Hihi.
Tendangan sering terasa ketika aku sibuk melakukan kerja2 di depan PC dan juga waktu malam ketika sebelum tidur. Kadang2 bila tiba2 ja rasa ditendang tekejut aku dibuatnya (sampai terlatah aku kadang2 tu). Geli sebenarnya aku. Auwwwww.......
Saat bayiku asyik menendang aku bersyukur kerana ku tahu dia di dalam baik2 saja dan semoga Allah sentiasa memeliharanya agar sentiasa baik dan sihat sehingga tiba hari kelahiranya.
2 comments:
ulo mak buyung..
best kan baby tendang2..hahaha
Wah mestilah best...
Rasa Geli2 gitu...
Post a Comment