Tuesday, July 21, 2009

Hatiku Berbunga Riang

Destinasi hujung minggu aku dan suami kali ini balik Penang! Wah! aku merasa amat seronok sekali. Part paling best aku dapat hentam suma makanan yg sekian lama aku tahan di dada. Haha. Diet Maet suma aku tolak tepi terutama bila obek masak special utk aku (Sambai Petai -Wajib!). Sampai 3 hari aku dok Penang aku kena cirit-birit 3 hari berturut2 (amat menyakitkan perut ini!). Tapi tak pa makan sedap punya pasai aku rela. Agaknya aku dah lama tak pekena makanan pedas+sedap kot sampai perot aku ni buat2 tekejut pulak. Haha. 3 hari kat Penang mmg tak cukup. Tapi aku besyukurlah dapat jugak aku balik melepaskan rindu pada jambatan yg telah siap di upgrade. Tujuan utama balik bukan setakat nak jumpa family tp nak tengok filem "Harry Potter - Half Blood Prince". Gila lama aku tak tengok movie. Aku dah lah pengikut setia filem tu klo tak dapat tengok memang terasa sedikit jeles dgn org yg dapat tengok (depa tak pa la, tempat depa ada cinema merata2).

Malam tu pulak sempat kami jalan2 kat Padang Kota Lama dan singgah makan Pasemboq (dh tak sedap mcm dulu). Kebetulan plak ada event mlm tu. Apa lagi jem terok la. Tp alang2 jem sampai jugak kami ke destinasi.
Wah best dapat bercintan kat Padang Kota Lama
Dah lama tak hang-out ngan kakak dan adikku

Esoknya aku dan family husband aku pi jalan ke Aloq Staq - Kedah. Memang dah lama aku tak pi Kedah. Nampaknya ada sedikit kemajuan. Jalan2 kat pekan rabu ja lepas makan t'hari kat umah sedara. Sempat gak kami singgah kat gunung keriang beli kristal (Original kristal yg amat murah). Kat Loq Staq pon aku lepaih geram makan banyak2. Haha (dh lama tak pekena roti arab stadium). Kami jugak sempat bercinta2 kat Tasik Jitra naik bot kayuh (Kayuh sampai basah kuyup akibat peluh).

Bercintan sambil mengayuh bot kenek..hihi..

Yanti & Pejal pon ada jugak (Gembiranya si Yanti)
Apa pon memang la aku rasa seronok sangat dapat balik kali ni. For my Husband terima Kasih sebab bawak Ayang balik Penang kali ni, memang BESTOS! i Love U!

Sekian.

1 comment:

ery said...

bestnye dapat suami cam kamu..
hehehe... suami kamu best cam kamu jugak ker?? huhuhu

winzpink.blogspot.com


ShoutMix chat widget