Cerita sedih semalam...
Semalam aku dan suami sama2 tak sabar tunggu pukul 9:00 mlm. Kitaorg ada date dgn Astro Citra ( Channel: 131). Cerita yang ditunggu adalah eposid terakhir: Warkah Terakhir, kisah mengenai perjuangan anak muda Sarawak yang bernama Rosli Dhoby. Sebelum ni suami aku ada download episod 1-7 untuk aku tonton. Katanya cerita ni memang best. Dia sampai buat research pasai Rosli Dhoby untuk dikongsi dengan aku.
Bila dh tepat jam 9:00 mlm cerita pon bermula. Episod akhir Rosli Dhoby bakal dihukum gantung smp mati. Untuk pengetahuan korang yang tak penah kenal siapa itu Rosli Dhoby. Dia merupakan seorang anak muda Sarawak yang berjuang demi mempertahan Bumi Sarawak daripada jajahan British. Rosli bertekad bersumpah dengan nama Allah untuk membunuh Gabenor British ke dua Sarawak ketika itu Sir Duncan George Stewart, dengan cara menikam Gabenor tersebut menggunakan pisau beracun (pisau tradisi Melanau yang dipanggil Badik) pada 3 Disember 1949. Akan tetapi dia dan semua ahli Rukun 13 (Pakatan yang ditubuhkan utk melancarkan keganasan terhadap British) telah ditahan atas tuduhan membunuh. Kerana disabit dengan kesalahan tersebut Rosli dan beberapa ahli Rukun13 telah dihukum gantung sampai mati pada usia 17 tahun. Dimata dunia ketika itu Rosli Dhoby dilabel sebagi pembunuh, akan tetapi pada mata rakyat Sarawak dia adalah pejuang bangsa, agama dan negara. Amat menyayat hati cerita ni. Tanpa aku sedari aku sampai teresak2 nangis tengok cerita tu. Wahhhhh...memang sedih amat. Aku yang kureng minat cerita ala askar2 ni terus minat beb.
Percayalah cerita ni memang best sangat. Memang akan menyentuh hati siapa yang tengok. Touching abes la. Part yang paling aku kagum skali dalam kisah benar ni, Rosli Dhoby pernah mempunyai seorang kekasih yang bernama Ani. Sehingga sekarang Ani (atau Hajah Ani) tidak pernah berkahwin. Ini kerana dia berpegang kepada janji dan kata2 Rosli yang menyatakan, "tunggu sampai kamek pulang." Sedih sekali....
P/s: Korang search la kat You Tube episod 1-8, tajuk : Warkah Terakhir
Di sini aku selitkan warkah yang sempat dicoret oleh Rosli Dhoby kepada keluarganya sebelum dia dihukum gantung pada 2 Februari 1950.
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita - Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.
Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 comment:
wah.. pecah rahsia nengeh esak2 hehehe
Post a Comment